Nuffnang Ads

Sunday, July 28, 2013

Eka Gustiwana - Ubah Percakapan Jadi Lagu



Kalau di Indonesia sekarang tengah meletop pasal gabungan video yang dibuat oleh pemuda ini, pengarah muzik muda bernama Eka Gustiwana menjadi popular setelah video yang beliau edit dan ubah menjadi satu lagu menarik ramai penonton di youtube.

Sehingga hari ini beberapa buah video hasil gabungan percakapan bintang dan artis talk show indonesia menjadi popular hasil karya Eka.

Berikut Antara Komplikasi Video yang telah beliau hasilkan..


Arya Wiguna - Demi Tuhan





Video mengisahkan wawancara seorang pemuda yang dikatakan telah dipergunakan dalam ajaran sesat di Indonesia..


Jeremy Teti Nyanyi! - BBM CAMPURAN





Jeremy Teti antara pembaca berita yang popular di Indonesia juga tidak terlepas dari hasil kerja Eka.. Video ini membuatkan Eka dikenali di Indonesia kini..


Soimah - Artis Papan Atas





Talk Show yang dikendalikan oleh pengacara wanita hebat Soimah juga terkena tempiasnya...



Hasil Gabungan Semua Video Yang Dihasilkan Tercipta pulak satu lagu yang best nie... Medley yang sangat menarik..!!






Friday, July 26, 2013

Iftar Ramadhan SAG at Restoran Sambal

Iftar Ramadhan PPEOC Shah Alam Group.. Berlangsung di Restoran Sambal, Dataran Automobil..









Besday Boy..




Program Jelajah Sahur ke Rumah Kasih Harmoni, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh



Semalam aku sempat join program bersahur bersama geng2 kelab kereta Proton Persona Owner Club di rumah anak yatim di sungai buloh, memang terbaek event nie.. pada mulanya ingat tak ramai yang join tapi sekali pergi tgk.. hambek.. penuh sesak kampung paya jaras tu. lebih 100 buah kereta persona dari seluruh negara turun menjayakan aktiviti amal ini.

Matlamatnya hanya satu.. mendekati anak-anak yatim ini dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.. berbelas tahun aku dibesarkan di paya jaras pon aku tak taw akan kewujudan rumah anak yatim nie.. tanpa event nie tah sampai bila pun tak taw akan adanya rumah anak yatim di paya jaras nie..


Wakil2 dari PPEOC..

Adik nie paling ganas tido.. walaupun bising, ceramah mahupun time kuliah.. tido harus diteruskan.. hehehe



Comel adik nie.. banyak kali gak dia cuba menyorok bila nak ambik gambar dia.. hehehe..


Mai Mai... Apa yang sedang berlaku nie..


Abam President PPOC..


Abam Wakil Kelab Honda..

Abam Dari Kelab Vios..


Ini Abam wakil PPEOC hehehe... cam nak kasi ceramah nok!!


Mural..

Sumbangan Duet Raya kepada adik2 nie..


Mengalahkan Anak Yatim..




Chantek!! Hasilnya...



Terbaek..

Thursday, July 25, 2013

Tempat Menunaikan Solat Terawikh Yang Menjadi Pilihan




Dah masuk separuh perjalanan ibadah puasa hari nie dah masuk hari 16 umat islam menjalani ibadah puasa.. tidak lupa malam ke 16 ramadhan.. terawikh sudah mau masuk fasa malam lailatuqadar, sudah tentu ini masanya kita kuatkan lagi ibadat menjelang syawal tiba.

Beberapa buah Masjid dan surau yang aku kunjungi untuk menunaikan solat terawikh sepanjang ramadhan ini, memang setiap masjid ada beza dan menariknya.. memang seronok susah nak dapat pada bulan2 lain selain ramadhan.


Masjid Negeri, Shah Alam

Memang setiap tahun akan datang ke masjid nie tak kisahlah berapa hari.. yang pasti mesti pergi walaupun sekali.. memang beza.. suasanaya dengan jemaah yang ramai memang terasa terawikhnya bersama ribuan umat islam disini,

Bacaan surah yang cukup sempurna kadangkala dengan imam jemputan dalam dan luar negara memang tidak asing bagi penduduk sekitar shah alam malah luar dari shah alam untuk datang menunaikan solat terawikh disini.

kemudahan serba lengkap juga menjadi satu kemudahan buat keluarga yang datang bersama anak2 untuk solat disini.


Masjid Naza, Shah Alam

Masjid yang baru siap menjelang ramadhan ini masih tidak punya nama yg rasmi.. apapun Masjid Wakaf yang di sumbangkan oleh Kumpulan Naza kepada Jabatan Agama Islam Selangor ini sudah banyak memberi nikmat dan erti buat penduduk sekitar, terletak dikawasan stadium shah alam, masjid yang dibina berkonsepkan hijau pertama di Malaysia.

Memang lain dari yang lain, susun atur dan lanskap persekitaran masjid ini cukup indah.. seolah2 berada disebuah resort.. anda masih berpeluang menunaikan solat terawikh disini.


Selain dua masjid diatas.. ada beberapa buah surau lain yg menjadi pilihan aku tahun ini untuk menunaikan solat terawikh.. selain surau yg berdekatan rumah dan surau di sungai buloh.

Ada beberapa buah masjid yang aku teringin sangat nak pergi tapi masih belum ada kesempatan untuk mengunjunginya,


Masjid Bukit Jelutong

Masjid Diraja Klang

Masjid Putra, Putrajaya


Semoga diberi kesempatan untuk mengunjunginya..




Tuesday, July 23, 2013

Gambar bayi Kate Middleton dan Putera William


Kate Middleton bersama suami keluar dari Hospital St Mary setelah melahirkan bayi yang bakal menjadi waris tahta ke tiga Britian.

Bayi lelaki seberat 3.8 kilogram masih belum mempunyai nama.. teka teki mengenai nama bayi ini masih hangat diperkatakan..


Ratusan wartawan dari seluruh dunia berkampung diluar hospital sejak seminggu yg lalu..





William turut lahir di hospital yang sama..












Mataf baru.. perubahan besar pada masjidilharam..


Mataf yang bersifat sementara ini dapat menampung 3000 hingga 5000 jemaah pada satu2 masa..

Dengan siapnya tempat menawaf bertingkat digelar mataf perubahan yang jelas sekali dapat dilihat pada gambaran masjidilharam sudah tentu berlaku.. jika sebelum ini kita hanya dilihatkan dengan keadaan kaabah ditengah2 ruangan yang luas kini sudah berubah dengan adanya mataf yang dibina bagi memudahkan para jemaah umrah dan haji untuk melakukan tawaf di kaabah.


Pembinaan mataf ini juga rentetan dari projek pembesaran masjidilharam dimana projek pembesaran bernilai lebih RM 70 billion itu menjadi antara projek pembinaan terbesar didunia, lebih 4000 pekerja yang bertugas 24 jam sehari untuk menyiapkan projek pembesaran masjidilharam ini. dan apabila siap kelak masjidilharam dapat ditampung oleh lebih 4,5 juta jemaah dalam satu-satu masa.


 Projek pembesaran yang sebenar..

Apabila pembesaran selesai lebih ramai jemaah boleh melakukan tawaf dlm satu2 masa..


Ini gambaran apabila projek pembesaran selesai kelak..







Isu murid sekolah Sri Pristana makan dalam tandas.. tidak benar..??








Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.