Nuffnang Ads


Showing posts with label kerabat home. Show all posts
Showing posts with label kerabat home. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

10 Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman




Tinggal kurang 2 minggu lagi Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Radio-radio juga sudah mulakan kempen pasang lagu raya mereka.. akan tetapi kehadiran lagu-lagu raya baru di radio amatlah tak sedap didengar dan tak terasa nikmatnya beraya.

Aku Senaraikan 10 Lagu raya Terbaik Sepanjang Zaman Pilihan Ku :-



Saloma - Selamat Hari Raya




Kalau korang gie Jalan TAR, Kamdar atau sebarang shopping complex yang ade expo raya mesti diorg akan pasang lagu nie.. memang terbaik..!!


Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran




Nie lagu raya paling menyentuh hati nak gie beraya... dengar dalam kereta balik opis pun terasa cam nak balik kampung dah..!!


M. Nasir - Satu hari di hari raya



Lagu nie kalo korang balik kampung.. jalan2 tepi sawah.. haaa memang kena tempatnya... tak pun sambil main bunga api..


Dayangku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu..




Lagu nie pun feel dia tak boleh bla.. memang sesuai dengar.. tambah2 bagi mereka yang terpaksa bekerja dikala raya.. memang nangis..


Aman Shah - Kepulangan yang dinanti




Lagu yang akan membuatkan korang nak balik kampung sekarang gak..!!


Sanisah Huri - Bersabarlah sayang




Walaupun lagu nie lentok dia mengalahkan nak tidur tapi kalo dengar pasti anda raya nak raya..


Sudirman - Balik Kampung




Lagu wajib dengar mulai sekarang sampailah korang sampai kampung.. tak kisah lah dengar 10 kali pon tetap nak nyanyi skali gak..


Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri




Ini lagu wajib dengar.. kalo tak dengar rasa tak best jer raya..


P Ramlee - Dendang Perantau



Lagu raya paling otai dikalangan lagu2 raya yang ada dalam plenet nie.. memang terbaik dari ladang...


Khairi Johar - Sepasang Kurung Biru



Kalau korang tahu cerita disebalik lirik lagu nie korang akan sedih dan nanges guling2.. memang best giler lagu nie... touching woh..



Monday, July 22, 2013

Photo : Rakyat Britian Sambut Kelahiran Bayi Diraja


Keadaan diluar St Mary Hospital yang menjadi Hospital Tempat Kate melahirkan bayinya..

Puluhan Wartawan seluruh negara berkampung diluar Hospital apabila berita Kate mula dimasukan ke hospital.



Orang ramai berkumpul diluar Istana Buckingham sepanjang malam bagi menunggu berita gembira.

Papan kenyataan khas dari pihak istana yang mengesahkan kelahiran bayi diraja..





Sunday, May 5, 2013

Herman Tino tewas.. Datuk Idris Haron bakal Ketua Menteri Melaka yang baru..




Majoriti penyandang kerusi P.095 Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bertambah dari tahun 2008 dengan kemenangan sebanyak 4,394 undi.

Noh memperolehi 20,548 undi manakala lawannya Mohamad Rashdi Deraman (PAS) memperolehi 16,154 undi.

Seorang lagi calon Bebas, Masrun Tamsi mendapat 340 undi.

Pada PRU-12, Noh menang dengan memperolehi 16,073 undi dan majoriti sebanyak 3,820 sahaja.




Manakala Adun Sungai Udang , Datuk Idris Haron disebut-sebut bakal duduk dikerusi ketua menteri yang baru bagi melaka setelah penyandang sebelum ini Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertukar kerusi di Parlimen Bukit Katil, walaubagaimanapun Mohd Ali Rustam tewas kepada Ketua Pemuda Keadilan.



Wednesday, May 1, 2013

Tun M turun Shah Alam buat kali kedua kurang dari sebulan..



Sememangnya aura kehadiran bekas perdana menteri ini disesebuah kawasan sudah pasti penuh dengan penyokong setianya tidak kira dimana beliau dibawa pasti penuh sesak dengan mereka yang sememangnya mengagumi bekas perdana menteri yang telah banyak membuat perubahan kepada negara.

Semalam untuk tempoh kurang sebulan beliau sekali lagi turun ke Shah Alam untuk berkempen untuk calon Perkasa atas tiket BN Datuk Zulkifli Nordin.. ternyata aura beliau bergitu ditagih..








Credit Photo : GAP





Saturday, April 13, 2013

Pesawat Lion Air Terhempas di Laut Bali..



Seramai 101 penumpang dan 7 crew pesawat Lion Air terselamat setelah pesawat boeing 737-800 mendarat di perairan bali semalam.

Pesawat yang dalam keadaan siap sedia mendarat tiba2 terjunam ke dalam laut setelah beberapa saksi mendapati ekor pesawat patah diudara.







Monday, April 8, 2013

PRU 13 : dari lensa kamera...


Buku yang mengandungi Manifesto Barisan Nasional siap sedia untuk diedarkan kepada di Sarawak.

Semangat habis brader nie.. - majlis pelancaran menifesto BN di stadium putra

Betul betul semangat nie..

Mesyuarat kabinet terakhir sebelum parlimen dibubarkan..


Barisan menteri kabinet persekutuan sebelum parlimen dibubarkan..

Tun Mahatdir  turun ke Shah Alam dalam misi "rampas selangor" anjuran PERKASA.

Pengerusi SPR mengadakan sidang media di Pusat media PRU13 yang diwujudkan.. RM 400 ribu dibelanjakan untuk menyediakan ruangan media ini.. dilengkapan internet berkelajuan tinggi..

Anwar turun ke Melaka dalam misi jelajah merdeka

Wau bulan edisi khas PRU13.. PAS

Bersungguh nampaknya..




Wednesday, April 3, 2013

Akhirnya Bubar jugak hari ini.. Bermulanya perang poster..!!


Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi dan baginda telah memberi perkenan supaya Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini. Dengan itu, saya juga menasihatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri menghadap Ketua-Ketua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar pilihan raya umum dapat dilakukan serentak di seluruh negara.

Sepanjang tempoh empat tahun ini, kita telah membina asas untuk sebuah negara yang lebih baik dengan ekonomi yang lebih kukuh dan transformasi kerajaan. Telah banyak yang kita capai, namun tanggungjawab kita masih belum berakhir. Dengan itu, saya meminta agar rakyat Malaysia terus memberi peluang kepada saya untuk menyempurnakan tanggungjawab ini.



Dalam pada itu beberapa buah negeri turut melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri hari ini.. Melaka, Sabah, Perak, Pahang, Selangor, Perlis.. manakala Pulau Pinang dijangka akan membubarkan dewan undangan negerinya esok.. Menteri besar kedah dijangka turun ke kuala lumpur untuk mengadap sultan kedah untuk meminta perkenan tuanku abdul halim untuk membubarkan Dun Kedah.



Tuesday, January 15, 2013

Golden Disk Awards 2013 - Demam K-Pop

Gila punya pentas..


Gambar terkini Golden Disk Awards 2013 at Sepang 


BAP tiba di KLIA.. apa ini BAP..?? haha

Di balai ketibaan KLIA...

Ramai nya K-Pop..!!

Peminat FT Island nampaknya awal sampai di Litar Sepang...








Tuesday, December 11, 2012

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.. Al-Fatihah..



Negara kehilangan seorang yang cukup sinonim dengan pengumuman bulan puasa, raya puasa dan haji, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah bekas penyimpan mohor besar raja-raja melayu pergi buat selama-lamanya semalam akibat sakit tua.

Saban tahun menjelang bulan ramadhan dan syawal kehidupan kanak-kanak sehinggalah dewasa wajah beliau sering dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia bagi mengetahui tarikh berpuasa dan hari raya, sejak beliau bersara terasa kehilangan yang amat sangat bagi kita semua.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.


al-fatihah buat arwah


 


Monday, December 10, 2012

Tok Guru Nik Aziz nikahkan Khairul Fahmi Che Mat



Tinggal beberapa hari saja lagi Majlis Perkahwinan Penjaga Gol no satu Negara, Khairul Fahmi Che Mat bakal berlangsung tanggal 28 Dec bakal menjadi sejarah buat Apek dan Leuniey.

Berita ini telah disahkan ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.



"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan.
Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.




Sementara itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.




Kelas Kau Jah!!!
 

Monday, October 29, 2012

News Photo Update : Taufan Sandy



Live Update..!!

Gambaran ledakan Taufan Sandy yang sedang melanda bahagian timur Amerika Syarikat.. Puluhan orang disahkan mati, beratus ribu buah rumah kini bergelap, kota raya New York hampir lumpur..
















Next Updated....