Nuffnang Ads

Thursday, August 25, 2011

Saya anak bangsa Malaysia yang Merdeka..??

http://seikenkarate.files.wordpress.com/2008/08/samposter_b.jpg


Tinggal 4 hari sahaja lagi tanggal 31 Ogos hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia buat kali ke 54 akan menjelma. ramai rakyat pada masa kini tidak mengerti akan apa itu Hari Kebangsaan selain dari Hari untuk menyambut kemerdekaan negara yang bebas dari tangan penjajah British.

Bagi mereka yang lahir pada tahun sebelum merdeka munkin akan lebih menhayati akan erti kemerdekaan ini.. tetapi pada kita yang lahir dikala Negara sudah mencapai kemerdekaan apa kita pedulik akan tarikh dan hari kemerdekaan negara kita..??


http://fadzliyusof.com/wp-content/uploads/2008/08/merdeka.jpg



Berapa ramai antara kita yang hafal lagu Negaraku..?? Rukun Negara..?? Bilangan Negeri yang terdapat di Malaysia..?? itu baru sikit punya soalan.. berapa ramai antara kita yang ambil tahu akan siapa pemerintah tertinggi untuk negara kita..?? siapa yang mentadbir dan menguruskan kerajaan kita..?? 

Jika korang ambil kisah dan tahu akan apa itu erti kemerdekaan sudah pasti korang akan menghargai akan apa yang melibatkan negara korang nie.!



http://img244.imageshack.us/img244/1432/merdeka2008jt1.jpg



Jika dahulu orang sanggup habiskan duit untuk beli bendera untuk diletakan dirumah dan kereta.. sekarang sampai kena kasi free dan pasangkan pulak untuk kita merayakan hari kemerdekaan.. jika dulu kita menyanyi lagu negaraku tiap hari disekolah punya semangat.. sekarang nak tunggu Harimau Malaya masuk final bola sepak baru nak dengar dan menyanyi lagu negaraku dengan kuat  mengalahkan singa tercekik tulang.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah tumpahnya darah korang nie.. haruslah korang lebih patriotik dan tidak hanya berpolitik semata-mata.. kerana tanah tumpahnya darah korang ini sahaja yang ada untuk dijaga supaya ia tidak dijajah kembali. lahir dikala negara sudah senang memang susah untuk kita merasai akan kesusahan orang yang lahir sebelum mereka senang.. haa same-same la fikirkan.



Jadilah anak Malaysia yang sejati....






Kerana dengan hidup dalam 1 Malaysia akan membuatkan korang lebih dihormati..





Jadi korang dengarlah lagu dari arwah Datuk Sudirman nie sebaik munkin.. 






Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 Malaysia!!!

 

Salam Perantauan - Ucapan sadis Rakyat Malaysia!


5 Hari sebelum kita menyambut kedatangan syawal Kerabat Kenshiro dengan bermurah hari memilih beberapa keping gambar para sahabat untuk salam perantauan..




Daripada : Definitely Daus, Syahril Genji dan Nazree Hamdan

Kepada : Kaum keluarga dikampung dan sahabat yang mengenai tidak kira yang masih hidup atau yang bakal mati.

Ucapan : Walaupun kami tak sempurna.. tapi kami puasa penuh..





Daripada : Eija Zaili

Kepada : Semua bujang-bujang harapan bangsa..

Ucapan : Bersila itu mulia.. berpuasa itu ibadat.. apa la sangat beraya di Klang atau Dikampung.. i Love You!! selamat hari raya..!!




Daripada : Ringgo Bintang Crew

Kepada : Semua Ahli Gabungan Usahawan Pembuat Kuih Bahulu Negeri Johor.

Ucapan : Tak kira orang panggil hantu tepung atau hantu telur.. Bahulu tetap no. 1!! selamat hari raya..


 


Daripada : Aryanty Hj. Hamidon Sekeluarga

Kepada : Semua ahli kelab skuba driving pulau pandan jauh ketengah dan ibu mertua dikampung.

Ucapan : Selamat Hari Raya buat semua sahabat yang masih mengenai atau bekas-bekas pakwe yang masih bujangs.. kepada Fahrin Ahmad bawak2 la datang kerumah raya nie.



 


Daripada : Eila & Tetel Sekeluarga

Kepada : Semua saudara mara dan sahabat yang mengenai kami ini..

Ucapan : Salam Syawal dari kami anak beranak.. maaf gambar blurr.. baru lepas main snow kat liverpool nie..!!





Daripada : Muhamad Aidil Hj Mustafa.

Kepada : Semua peminat saya yang dari kecil sampai saya besar..

Ucapan : Salam Aidilfitri buat semua.. saya tak kisah kalau korang kata saya comel.. saya maafkan..





Daripada : Ayah Haikal dan Haikal

Kepada : Ahli kelab penyokong Liverpool FC

Ucapan : Saya yakin Liverpool mampu menjadi juara liga untuk musim ini.. saya pun dah cukup bosan dengan MU sebenarnya..




* Sambung.... jeng.. jeng.. jeng...


Tuesday, August 9, 2011

Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri.. Kehebatan Murtabak Gombak..!!



Bazar Ramadhan seterusnya untuk aku review kan kat sini ialah Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri.. siapa yang teringin nak pergi memang harus pergi sebab jumlah gerainya saja mencecah 300 bijik!! Bazar Ramadhan paling panjang aku pernah jalanlah!


Tahun lepas aku pernah pergi Bazar nie jadi tahun nie memang harus pergi lagi sebab memang best gile..! kalau tahun lepas keterujaan terhadap Teh Ais Vanilla menjadi tajuk utama.. kali ini Murtabak Gombak menjadi pilihan.





 Pak Long Sup Utara.. ramai jugak yang jual sup kat sini.. tapi aku tak nampak pulak Sup Meletop masuk Bazar tahun nie..





Ini dia Kerang sambal dan Lala masak sambal.. memang jarang jumpa kat bazar-bazar lain.. kat sini memang laku habis..!!





 Ayam Dara Kota Bharu.. jauh mari tu..






 Terliur wow tengok banner dia nie.. hahaha






Susunan Tepung Pelita dalam bekas yg nampak tradisional tu memang sedap.. dan tidak mengecewakan.





 Masih ingat akan Teh Ais Vanilla..?? Awek nie sedang khusyuk membancuh Teh Ais Vanilla..  tapi tahun nie kau cuba Air Koko Asli juga dari awek nie punya gerai.. sememangnya terbaek!!!!





Nie Ayam Golek paling Popular kat Bazar nie sebab org punya la beratur nak beli.. ayam pun tak habis golek lagi tapi org dah penuh dok keliling meja.. Menurut tuan kedai ini resepi ayam golek asli dari Turki..!!





 Ini dia Murtabak Gombak!!!





Ada 2 kaunter dibuka.. sebelah kiri dan kanan.. jangan potong Q sebab penjual mengenali setiap pelangganya yang tidak beratur.. hahaha..




Nampak hebat habis si tukang masak.. padahal keje dia alih murtabak atas kuali jerk.. walaupun orang lain jual murtabak RM 2 dia nie jual RM 2.50 orang lebih ramai beli kat Murtabak Gombak.


Lokasi lebih tepat Bazar nie terletak berhampiran pintu masuk Hospitak Universiti Kebangsaan Malaysia.. atau lebih dekat lagi.. sebelah Stadium Bola Sepak Cheras.


Monday, August 8, 2011

Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) - Buka Puasa ala Nazi di Padang Kemerdekaan Shah Alam



Sabtu lepas telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa anjuran PPEOC Cabang Shah Alam bertempat di Padang Kemerdekaan, Shah Alam.. Majlis Berbuka ala nazi yang dianggap sebagai perapat antara ahli-ahli kuku besi PPEOC Selangor.




Pencetus Majlis Berbuka Puasa ala Nazi. King @ Nazree.. agak nak terkentut lak kasi name ko King hahaha...



Gaya orang yang sudah berpuasa 2 bulan tanpa henti..



 


Gaya ahli Kumpulan 4U2C yang tak berapa nak balada sangat...


Dia benar-benar puasa...




gaya jejaka puasa.. muke baik habis!!




Benar-benar puasa...




Tengah cari arah kiblat..?? pakai nokia.. kau ader..??





Gaya paling suci untuk Bulan Ramadhan 2011.. Komplek Sogo telah menawarkan mereka sebagai penyambut tetamu di pintu masuk dikala Sale Aidilfitri kali ini.




Bila sudah tak boleh tahan...


 

 Best Kan!!!


* Credit Picture to :

Definitely Daus

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam.. Legasi Oshin di Bazar...



Ini merupakan segmen Bazar Ramadhan tertangguh name nyer.. hehehe.. Bazar Stadium Shah Alam.. merupakan Bazar Ramadhan terbesar dan teramai sekali orang berpuasa mencari juadah berbuka di Shah Alam. sampai ada yang dari Gombak.. Cheras dan Kampung-kampung pedalaman akan singgah ke sini jika berada di Shah Alam.


 


Lokasinya terletak di Tempat Letak Kereta Stadium Melawati atau lebih senang tapak pasar tani dan minggu di Stadium Shah Alam. apa yang korang boleh jumpa kat sini..?? korang jangan terkejut plak jika akan temui satu nama pada pelbagai gerai.. iaitu "oshin"

Oshin Nasi Lemak.. Oshin Jus Mangga.. Oshin Karipap Panas.. antara franchise yang terbanyak sekali dikalangan 300 peniaga yang berada disini. korang sebut jerk nak makan apa.. sini semua ada..




Aneka Cendol.. Kalo ditenggokkan bila display kat atas meja tu memang korang nak buka pose time tu gak la..



 Oshin Karipap Panas.. Legasi Pertama Family Oshin..



 Karipap yang nampak huduh.. tapi boleh tahan sedap..




Goreng dihadapan korang lagi..





Murtabak Meggi..






Briani nie tinggal meja jerk aku tgk.. munkin kesedapanya sampai menjilat meja...





 


Oshin Nasi Lemak.. Legasi ke dua..



 


Kek Coklat nie merupakan makanan yang paling sedap aku beli.. sumpah gile babeng best!!!











Lemang pun ade.. walla...


Sunday, August 7, 2011

Najwa Latif bakat seorang blogger dari Youtube..

http://4.bp.blogspot.com/_qEgqbGBoF2w/TTgXZIsxJhI/AAAAAAAAArE/VmyKxjN-bac/s320/najwa%2Blatif.jpg


Adakah korang mengenali Najwa Latif..?? munkin korang kurang hafal nama minah nie.. tapi bila dengar radio putar lagu "muka buku" pasti korang akan ingat akan nama Najwa Latif.. okeh!! sebab ape aku panggil dia minah..?? sebab dia baru berusia 16 tahun wok!! ingat dah sebaya aku tadi 18 tahun.. rupanya lagi muda hahaha...


 http://3.bp.blogspot.com/-s4HWXZmgi8E/TWTeGExb7NI/AAAAAAAACXs/oanFayUN1XU/s1600/najwa+latif.JPG


Kalo korang tengok blog dia tajuk besar-besar punya yang mengelarkan dirinya Gadis Youtube.. bertudung dan lincah dalam memetik gitar saling tak tumpah macam Yuna.. punya suara yang comel budak sekolah sudah pasti akan membuatkan orang sedap mendengar akan lagu yang dia dendangkan..


Pada korang yang masih sengal ubi tak taw.. Lagu dia nie menjadi Juara Carta Hot.fm minggu nie.. so.. kalau tak paham lagi.. layan jerk lah lagu "muka buku" nie..






Best tak..??


Dan dia nie gak ade bakal menulis lirik.. cam lagu dia nie..






Dan dia nie jugak boleh petik gitar dalam kete.. Man Kidal pun tak pernah main gitar dalam kete...






Selain tu.. dia pun laju gak menyanyi lagu english yang mana Siti Nurhaliza perlukan 15 tahun menyanyi untuk hasilkan album english pertamanya.. hehee...






Ok.. done! skang boleh la kalau nak mengorat dan layari Blog dia..


http://wanitavslelaki.com/wp-content/uploads/2011/04/5.jpg

http://najwalatifs.blogspot.com/

Friday, August 5, 2011

Selepas Sean Kingston dan Awi Rafael.. Mr. Bean pun excident...

http://www.shockya.com/news/wp-content/uploads/sean_kingston_accident.jpg


Minggu nie banyak plak cerita pasal artis kemalangan.. bermula dengan penyanyi kulit kayu manis Sean Kingston yang terlibat dalam kemalangan jet ski yang beliau tunggangi merempuh jambatan.. keadaan beliau dikatakan masih kritikal tapi selamat.. cam mana tu..?? entah lew.. selamat la kot..


http://cdn.urbanislandz.com/wp-content/uploads/2011/06/sean-kingston-crash-jet-ski.jpg


Terbaru pun.. Mr. Bean  atau nama asal Rowan Atkinson terlibat dalam kemalangan kereta miliknya.. dengar citer dia tak reti pandu kereta baru yang bernilai hampir RM 3 juta dia sendiri!! lawak siot!! tak kisahla sebab dia memang pelawak.. 



Mr. Bean has an accident



http://rear-wheel.com/blog/wp-content/uploads/2011/08/Rowan-Atkinson-crash-e1312517217689.jpg


Kereta Sport Mr. Bean yang terlibat dalam kemalangan.. tak elok rasanya dia naik kete sport... naik jerkla mini kuning ko tu..


Kat Malaysia pun ade yang accident gak.. awi rafael penyanyi hok top dengan lagu Pulanglah tu terlibat dalam kemalangan di lebuhraya persekutuan.. pacuan 4 roda triton beliau remuk teruk.. nasib baik dia tak der apa-apa.. huh!!


http://www.gilerkentang.com/wp-content/themes/blucent/scripts/timthumb.php?src=http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2011/08/awi-rafael.gif&w=312&h=140&zc=1&q=100&a=t


Terukan kete dia kena excident.. body troton tu kebal kot!!