Nuffnang Ads


Friday, April 29, 2011

Fakta menarik mengenai Majlis Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton

Kiss wide

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai majlis perkahwinan diraja Britian melibatkan Putera William dan Kate Middleton.

  • Lebih 8500 wartawan berada di London bagi memberi liputan khas majlis berkenaan.
  • 2 Billion orang di 180 buah negara seluruh dunia menonton siaran langsung.
  • 237 update berkenaan majlis ini di Twitter sesaat.
  • 1900 tetamu di Gereja Westminster Abbey dimana sebahagian besarnya terdiri daripada 50 ahli kerabat diraja britian,  50 ahli kabinet britian, 40 ahli kerabat diraja seluruh dunia, 200 ahli politik dan diplomat asing dan 80 tetamu dari badan amal jemputan Putera William.
  • 5 ribu anggota keselamatan bertugas sepanjang majlis berlangsung.
  • 16 orang ditahan akibat menggangu ketenteraman majlis.
  • 150 000 naskah khas berkenaan majlis dicetak dan habis dijual pada harga 2 pound.
  • Sepanjang majlis berlangsung jam loceng berusia lebih 100 tahun di Gereja Westminster Abbey dibunyikan selama 3 jam tanpa henti.
  • Pasukan koir muzik didalam gereja terdiri dari koir diraja, London Chamber Orchestra dan Pasukan kior tentera.
  • Panjang kain gaun Kate Middleton ialah 8 kaki 8 inci dan hamparan karpet merah di Gereja sepanjang 300 kaki.
  • Kate beredar dari Hotel penginapan dengan sebuah kereta Rolls Royce Phantom VI dan Putera William menaiki Bentley yang direka khas.
  • Ratu Elizabeth mengurniakan gelaran Duke dan Duchess of Cambridge kepada pasangan pengantin.
  • Gelaran untuk anak yang bakal dilahirkan ialah Earl of Starhearn dan Baron Carrickfergus.
  • Gaun Kate direka khas oleh Sara Burton dari Alexander McQueen.
  • Kate memakai Tiara Tradisi Nenek Moyang diraja Britian.
  • Lebih sejuta orang memenuhi jalan raya sekitar laluan pasangan diraja.
  • 327 juta keping gambar ditangkap semasa majlis berlangsung menurut Nikon.
  • 7 Skrin Besar diletak didalam gereja.
  • David Beckham dan Isteri antara jemputan yang mendapat perhatian.. malangnya pasangan itu berada di London hanya beberapa jam kerana Beckham pulang semua ke Amerika untuk perlawanan liga tempatan esok.
  • Sir Elton John hadir bersama teman gaynya di Majlis berkenaan.
  • Pihak Kerajaan Brtian menanggung kos keselamatan semasa majlis berlangsung dan dianggarkan RM 90 juta.
  • Selain Putera Albert dari Monaco, turut hadir adalah Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Brunei, Putera Mahkota Denmark, Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan dan raja Permaisuri Agong, dan Raja-raja dari benua Afrika.
  • Perdana Menteri Australia antara ketua kerjaan yang hadir.
  • Cincin perkahwinan adalah cincin pusaka keluarga diraja britian yang dimiliki sejak dinasti ratu victoria. 


 Lagi gambar-gambar menarik di Majlis Perkahwinan William dan Kate..



In this image taken from video, Britain's Prince William, left, places the ring on the finger of his bride, Kate Middleton, as they stand at the altar at Westminster Abbey for the Royal Wedding in London on Friday, April, 29, 2011.  EDITORIAL USE ONLY NO ARCHIVE PHOTO TO BE USED SOLELY TO ILLUSTRATE NEWS REPORTING OR COMMENTARY ON THE FACTS OR EVENTS DEPICTED IN THIS IMAGE Photo: APTN / AP


Sir Elton John dan Pasangan

Timbalan Perdana Menteri Britian


Mr. Bean
Ketua Pembangkang dari Parti Buruh.

Prince William and Kate Middleton Wedding Pictures 

Gambar Perkahwinan Putera Williams dan Kate Middleton

Kate Middleton arrives at Westminster Abbey for ...

A marching band of guardsmen parade along The ... 
 Kumpulan Pancaragam Istana..
 
A cleric shows the wedding ceremony programme ... 
Buku Upacara Majlis
Kate Middleton arrives with her father Michael ... 
 Kate diiringi Bapanya ke gereja..
 
Prince William, Kate Middleton, Michael Middleton  
Williams dan Kate bertemu sebelum upacara bermula..
 
Pippa Middelton, sister of the bride Kate Middleton ...
Adik perempuan Kate tiba di gereja..

Britain?s Prince William and his brother and ... 
 Ketibaan Williams di gereja..
 
General view in Westminster Abbey before the ... 
Tetamu memenuhi gereja
Staff dress the balcony at Buckingham Palace ...
Balcony Istana Buckingham  
 



Update Williams and Kate Wedding

http://chao-dian.com/wp-content/uploads/2011/04/William-Kate-wedding.jpg


Status terkini berkenaan Majlis Perkahwinan Diraja Britian...


  • - Dewan Gereja Westminster Abbey sudah dipenuhi tetamu jemputan.
  • - Lebih 600 ribu orang berada sekitar jalan Westminster Abbey sehingga ke Dataran Parlimen.
  • - 2 Billion orang menonton secara langsung melalui TV diseluruh dunia.
  • - 6000 Anggota keselamatan bertugas sekitar London melibatkan agensi perisikan, anggota tentera udara, laut dan darat.
  • David Beckham dan isteri kelihatan hadir.. turut kelihatan Sir Elton John dan pasangan gay Nya turut kelihatan. 
  • Rombongan keluarga diraja Britian meninggalkan Istana Rehat menuju ke Westminster Abbey..
  • Kate bakal disarungkan dengan cincin pusaka turun temurun pemberian Ratu Elizabeth I.
  • Pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di London diarahkan menurunkan Jalur Gemilang yang dikibarkan dihadapan Istana.. Besar sangat kot!!!
  • Perdana Menteri Australia kelihatan memasuki Westminster Abbey..
  • Perdana Menteri Britian David Cameroon Tiba di Westminster Abbey...
  • Putera Williams dan Putera Harry tiba di  Westminster Abbey..
  • Sultan Brunei Tiba...
  • Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong tiba...
  • Ibu bapa pengantin perempuan beredar dari hotel penginapan ke Westminster Abbey... 
  • kerabat diraja dari Norway.. Denmark.. Spanyol tiba...
  • Kerabat diraja Britian keluar dari Istana Buckingham..
  • Ibu kate tiba bersama abang kate di Westminster Abbey...
  • Kerabat diraja Brtian Tiba..
  • Ratu Elizabeth tiba di gereja..
  • Kate berangkat meninggalkan Hotel...
  • Kate tiba di Westminster Abbey...
  • Upacara bermula.. 
  • Lafaz ikrar pernikahan sambil disaksikan oleh 1900 tetamu yang hadir..
  • Williams menyarung cincin ke jari Kate..
  • Upacara bacaan doa..


Update dari masa ke semasa....

Thursday, April 28, 2011

Aturcara Majlis Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton esok

http://chao-dian.com/wp-content/uploads/2011/04/William-Kate-wedding.jpg

Kurang 24 jam lagi detik menanti saat perkahwinan paling meriah didunia bakal memulakan tirainya jam 4 petang esok waktu malaysia, jutaan orang akan menonton secara langsung menakala  hampir sejuta rakyat dan pelancong sudah berada di kota London bagi menyaksikan sendiri majlis perkahwinan terbesar untuk tempoh 30 tahun di Britian.

Rata-rata sambutan telah bermula sejak dari pengumuman pertunangan Putera William dan Kate Middleton tapi esok adalah kemuncak percintaan mereka berdua akan disatukan. dari kisah dogeng Cinderella hinggalah ke utusan khas undangan semuanya menjadi topik hangat.

Berikut adalah aturacara majlis yang bakal berlangsung esok.


http://cache.virtualtourist.com/409272-Westminster_Abbey-London.jpg




Gereja Westminster Abbey

Pukul 09:45 - 1900 tetamu khas yang kebanyakanya golongan bangsawan, kerabat-kerabat diraja dan wakil kerajaan seluruh dunia akan tiba lebih awal di pintu utara Westminster Abbey.

Pukul 09:50 - Perdana Menteri, barisan menteri dan ahli-ahli diplomatik serta tetamu VIP yang lainnya tiba di Westminster Abbey.

Pukul 10:10 - Putera William diiringi Putera Harry meninggalkan Clarence House di Bentley menuju ke Westminster Abbey.

Pukul 10:20 - Anggota keluarga Diraja tiba di Westminster Abbey dari Buckingham Palace. Pada waktu yang sama, ibu Kate Middleton, Carole Middleton dan adiknya, James Middleton meninggalkan Hotel Goring menuju ke Abbey. Mereka dijangka tiba di Abbey pada pukul 10:27.

Pukul 10:25 - Anggota keluarga Diraja lainnya meninggalkan Buckingham Palace menuju Abbey.

Pukul 10:35 - Sejumlah ahli keluarga Diraja seperti Duke of York, Puteri Beatrice, Puteri Eugenie, Earl dan Countess of Wessex, Princess Royal dan Vice Admiral Timothy Laurence, menuju Abbey dari Buckingham Palace.

Pukul 10:38 - Putera Wales dan Duchess of Cornwall meninggalkan Clarence House menuju Abbey.

Pukul 10:40 - Ratu dan Duke of Edinburgh meninggalkan Buckingham Palace, dan tiba di Abbey lima menit kemudian.

Pukul 10:48  - Pengiring pengantin perempuan meninggalkan Hotel Goring, tiba di Abbey pada 10:55.

Pukul 10:51 - Kate Middleton, didampingi ayahnya Michael Middleton meninggalkan Hotel Goring ke Westminster Abbey menggunakan Rolls Royce.

Pukul 11:00
- Majlis perkahwinan dimulai, dan ditayangkan melalui pembesar suara dan layar lebar di Hyde Park dan Trafalgar Square.

Pukul 12:15 - Perarakan pengantin dari Gereja Westminster Abbey menuju tempat resepsi di Buckingham Palace. Kedua mempelai akan menggunakan kereta kuda State Landau 1902.

Pukul 12:30 - Kedua mempelai tiba di Buckingham Palace.

Pukul 12:40 - Para tetamu mulai tiba di Buckingham Palace.

Pukul 13:25 - Ratu, pasangan pengantin, bersama-sama dengan seluruh anggota keluarga muncul di balkoni istana.

Pukul 13:30 - Pertunjukkan angkatan tentera udara Diraja.


Pertunjukan bunga api juga akan memeriahkan kota London pada sebelah malam. Bagi rakyat malaysia jangan lupa saksikan Majlis Perkahwinan kedua mempelai ini esok di NTV7.


Wednesday, April 27, 2011

5 sebab aku tak join Digi Wwwow Award

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkkssYeZgdqzPsnYwaiq30Eq-z0Xekm1jsQ4AJUBtmn9syoKyGhmTnoht8uXyb8vtVihdABpPaa1jXqjZk1lCsnNbtAYQTESs6CU2BwdZ0vhS3YsbcK3qkRxD_BuvRD6PCAqo40b0-XXI/s400/Snap1.png

Demam pilihanraya blogger-blogger telah melanda pelbagai kempen telah dibuat disana sini.. tidak kurang juga ada yang merayu dan memaksa untuk suruh mengundi. rapat umum juga tidak kurang hebatnya.. link-link untuk menjadi blogger of the year yang paling menjadi tumpuan sampai ada yang sanggup update blog dengan rajinya jika sebelum ini nak update sebulan sekali pun susah.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjSltYuJgDpsbfcKoz_j1NEjNqkLJQB-j5mPGBvAlHaIuRiBlYpziZUyt_IFSXWj7GbwdwCvYXHFumQFxbIN5TnEvIlzEJZV2Tn67SSa2gXo8EbOO_W9YvhKLNeMxAJBHC_LIbWRvXpvw4/s1600/blogger.png

Bagi aku ??

1 - Blog aku belum cukup power nak lawan blog-blog yang sentiasa aku tengok tiap-tiap hari..

2 - Sedangkan nuffang punya income pun seposen dua inikan pula nak Lima Ribu..!!

3 - Beri peluang pada mereka yang sememangnya lebih best dari aku..

4 - Aku bukanya blogger tegar..   tapi segar..

5 - Sebab aku dah try submit 2 kali tapi tak der orang undi!!!


Buat korang-korang semua semoga berjaya.. kalau menang jangan lupa open table.. yang baca nie blogger jugak pun.. yang undi pun blogger jugak  tak der nyer dreba teksi atau penjual tiket TGV yang baca.. silap-silap penyakit i follower u.. nanti i follow balik akan turun serta dalam mencari undi.. u undi i.. nanti i undi u balik..!! wakaka...


http://malaysiahits.com/wp-content/plugins/wp-o-matic/cache/63d71_DiGiWWWoW.jpg

Video Seks Anwar Ibrahim part. 2 : kebenaran atau permainan


Hari yang malang buat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bila klip video sex yang dikatakan persis beliau disebarkan lagi hari ini kali nie part. 2 setelah part. 1 tersebar lebih sebulan yang lalu.. aksi dalam bilik bersama gadis china kali ini lebih menjolok bijik mata sampai anu-anu nya kelihatan.

Agak malang bila part. 2 hanya bertahan beberapa jam saja di Youtube dan kini hampir semua klip video tersebut telah didelete dengan pantasnya.. blog-blog politik pro BN yang pantas menyebarkan klip video sudah mula mendapat surat amaran dari pihak google..!

Klip video part. 2 kelihatan lebih jelas akan wajah Anwar Ibrahim dan yang menonton sudah pasti memperoleh dosa dan kebenaran disebalik kemuskilan dan penafian yang dibuat.. apa benar ianya Anwar Ibrahim..?? buat penyokong beliau sudah pasti akan menidakan sedaya upaya.. tapi kita semua punya akal sendiri untuk berfikir.



Adakah klip video sex ini adalah salah satu dari permainan politik..?? nampaknya agenda politik di negara ini sudah masuk babak baru sampai boleh lihat pemimpin telanjang bogel tanpa seurat benang dibadan. jika yang telanjang bulat itu gadis belasan tahun pasti undinya akan meningkat pada pilihanraya.. tapi malangnya yang berlakon pula sudah masuk usia emas.. watak itu tidak diperlukan lagi oleh orang untuk menjadikan ia tokoh untuk mentadbir negara.


Jika benar sekali pun ia adalah permainan politik ternyata Anwar Ibrahim sudah kalah dalam permainan ini.. beliau boleh menjadi hero didepan penyokongnya tapi dibelakang ia seolah-olah boneka yang menanti hari untuk undur.

Apa kita perlukan pemimpin sebegini..?? 


Kita munkin tidak kisah akan perbuatan sex dan maksiat sebab keadaan ini menjadi satu tabiat yang sering kita dengar.. tapi adakah kita sanggup menerima seorang kaki sex sebagai pemimpin yang akan mentadbir dan menjadi contoh untuk 26 juta rakyat Malaysia..?

Apa hak rakyat dalam hal ini..??

Rakyat boleh menilai dan punya kuasa yang kuat untuk memilih pemimpinnya.. sebagai rakyat kita perlukan kemajuan dan kesenangan hidup dalam negara yang makmur dan harmoni.. 




Tuesday, April 26, 2011

Astro First penyumbang no. 1 lanun cetak rompak

http://www.qimie.com/blog/wp-content/uploads/2011/02/astro_first.jpg

Astro First !! dengan tema menonton wayang hanya dirumah..!! memang kena pada tempatnya.. korang boleh menonton movie-movie terbaru diwayang hanya duduk dirumah.. dengan kadar bayaran RM 12 korang leh tengok satu kampung cerita - cerita melayu terbaru yang tidak laku di pawagam.. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdQVZX3HM_JNXQrWIfN4SwADzkXgvXIyVOyWsTzd1oeDbawlDcNb7pIX9F47X1Z22ege_bc2CdlrOIWnDKzXSXaR6PlwSobAXxEOP12Ie8eb3pRRnm_YKCk-ZDyK5npx4rQYq6x09x0goh/s1600/poster+hikayat+merong+mahawangsa.jpg

Keperihatinan Astro menwujudkan Astro First nampak mulai dan menolong pengarah-pengarah filem yang tidak dapat sambutan di panggung.. tapi dalam pada masa yang sama lanun-lanun cetak rompak juga tersenyum lebar mengalahkan dapat cahaya mata pertama. mana tidaknya jika sebelum adanya Astro First diorang perlu tunggu 2,3 bulan sebelum dapat cetak dan rompak movie-movie melayu untuk mencari rezeki kini mudah sudah.. asal Astro First tayang jerk diorang pun tayang gak atas meja pasar malam.. gambar cantik plak tu.. tak kew laku..?? memang laku la..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0X_cQeKlPt2L9oFXZEMrFDK8pPbl_F7EYxmrH1-yv6SpJGZV5itZFMgn1xKU_ja0eoigcPSZodERriHKuINPs-GB3UwU6Dmy_k_O5HfyzR7TOA_MmegAFBkHN4h8pqbr2lH_3Wg4Qtfae/s320/pirate+dvd1.jpg

Jika Astro First cas RM 12 untuk satu movie.. si lanun boleh jual dvd pada harga RM 7-8 untuk satu cerita.. siap beli 5 percuma satu lagi.. jadi yang mana pilihan pengguna..?? pengguna yang bijak akan membeli DVD cetak rompak ini sebab diorang boleh ulang tengok movie tu sampai calar DVD tu.. silap-silap boleh simpan 3,4 tahun lamanya.. kalau beli pakej astro 2 hari jerk!!

http://www.sinemamalaysia.com.my/gallery.php?p=ZmlsbS8xOGQyNzRiNC80ZjM1NzEzZjo3ZjZkOWJkMDBhYzIyNjJiYjYzNGRjNmJjLmpwZw==

 


Hazama juara AF9..??


Terasa malas kalau nak update cerita pasal Akademi Fantasia. tapi apa kan daya terasa nak update jugak sebab dok asyik mengikutinya. Konsert minggu lalu seperti yang disangka ada pelajar yang kena buang dan ada yang kena gugur.


Miza pelajar yang menjadi mangsa undian terkeluar.. pada mula AF9 Miza dilihat antara pencabar utama dengan vokal yang mantap.. tapi kenapa dia masih boleh keluar diawal pusingan yang belum masuk pertengahan babak AF9..?? myb rupa paras masih menjadi penentu.


Amir dan Aida pula pelajar yang terpaksa digugurkan atas sebab kurang perhatian dan tiada perkembangan dalam Akademi dan Persembahan pada konsert.. memang nama dua orang ini sering disebut2 bakal digugurkan selain Nera..  tapi Nera lebih bernasib baik disebabkan rupa paras yang cantik sudah pasti undinya lebih dan munkin nasib dia macam Marsha.

Amir pada Diari semalam ada menyatakan yang beliau boleh naik dengan sendiri dalam industri seni berbanding kawan-kawanya dalam Akademi.. hello Amir!! sedangkan yang lepas-lepas pun juara senyap sudah.. kau nak ugut-ugut cam tu pulak.. kau ingat ini Hollywood..?? 


Aida pula elok la habis kan pelajaran tu dulu.. sebab jadi penyanyi bukan boleh kemana sangat pun kalau kat Malaysia nie.. paling tidak meletop setahun dua jerk.. lepas tu asap pun tarak.. tapi adik kau punya suara memang best.. tapi tak taw la munkin disebabkan budak baru habis sekolah punya suara memang semua sedap.. tengok jerk suara budak-budak mengaji.. syahdu habis.. bila meningkat dewasa suara tu tak tentu sedap seperti usia muda.

Buat Fina dan Hazama yang menjadi pelajar yang diserap masuk.. tahniah diucapkan.. semoga perjalanan korang dapat pergi lebih jauh dan aku mengharapkan dua orang ini di final.. Fina punya suara yang tersendiri sampai cikgu fatimah tergedik-gedik tepuk tangan time dia nyanyi lagu Jack hari tu.. dan buat Hazama ramai yang dah muak dengan nama Hazama nie.. akhirnya dapat masuk jugak.. suara dia nie pun tidak kurang mengecewakan.. pernah beraksi sebagai penganti Lan Meet Uncle Hussien sudah cukup menunjukan kepoweran suara dia nie.

Rata-rata yang aku tengok selepas Hazama dibawa masuk ramai yang dah boleh jangka yang Hazama boleh jadi Juara AF9 kali ini. sebab kalau dilihat pada juara-juara yang lepas lelaki lebih banyak peratus untuk menang disebabkan kebanyakan pengundi datangnya dari wanita. adakah nasib Shahir yang tersingkir dan diserap masuk hingga menjadi juara akan dituruti oleh Hazama..?? sama-sama tengok nanti.

Tak sabar nak tunggu konsert minggu nie sebab aku nak tengok persembahan FINA!!! 





Monday, April 25, 2011

dikala David Beckham melobi untuk hadir majlis perkahwinan diraja.. Mr. Bean pula dijemput.

http://www.flixya.com/files-photo/y/u/s/yusenze2032032.jpg

Tinggal kurang 5 hari lagi Majlis perkahwinan pewaris tahta ke 3 kerajaan Britian dilangsungkan rata-rata orang masih tertanya-tanya siapakh antara 3 ribu jemputan rasmi yang akan menghadiri majlis perkahwinan itu nanti di Gereja Westminster Abbey.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4nVCYjz-owi8YOD_-Y8SoR2S9SKmRzCvH6w9_qCIP0YsI2V_yEo1gK0Jc35g9T5HUndqLPg3Tz_0hqixbScBS7hGHUdIqE9HHYZIHQeCj9E_z0GSh3v4b49pFqYRl_KvXjspQGsMbwewz/s1600/William77.jpg

Williams n Catherine Middleton

Ramai orang-orang ternama di dunia ingin hadiri majlis perkahwinan yang dianggap paling mahal pernah diadakan ini sehingga sanggup berbohong itu lah yang dilakukan oleh penyanyi lagenda Sir Elton John. tidak kurang juga sampai ada yang sanggup melobi sedaya upaya untuk dijemput ke majlis itu iatulah yang dilakukan oleh bintang bola sepak terkemuka dunia  David Beckham dan Isterinya.

http://bittenandbound.com/wp-content/uploads/2007/11/david-beckham-new-haircut-071.jpg

Beckham n Victoria

Diawal pengumuman jemputan tempoh hari Pihak Istana Buckingham menyatakan telah menghantar jemputan rasmi ke beberapa buah negara bagi menjemput ketua-ketua kerajaan hadir dimajlis itu sedia maklum Britian adalah sebuah negara yang punya bekas jajahan terbesar didunia termasuk Malaysia dan ada beberapa buah negara hingga sekarang masih mengaggap Ratu Elizabeth sebagai ketua negara mereka seperti Australia.
President Amerika Syarikat Barack Obama antara yang tidak dijemput pada majlis ini nanti, ini disebabkan jika President Amerika itu hadir keadaan akan bertambah sukar disebabkan kawalan keselamatan untuk President itu melibatkan beribu-ribu anggota tentera dan menyebabkan kesukaran majlis itu berlangsung.

 http://img.dailymail.co.uk/i/pix/2007/10_01/rowan0810_228x316.jpg
 Mr Bean

Mr. Bean atau Rowan Atkinson antara nama yang disebut dijemput pada upacara perkahwinan yang bakal berlangsung di Gereja Westminster Abbey.



Friday, April 22, 2011

Jambu terbaik !! Nabil ada style .. Sepah tidak mengecewakan.. Alex out~!!

http://kulanzsalleh.com/wp-content/uploads/2011/04/maharaja-lawak-600x330.jpg

Gelanggang Maharaja Lawak minggu ke 4 berakhir sudah nampaknya Amir masih tidak mengaku kalah.. lawak malam ini menjadi yang terbaik pernah dia persembahkan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnBd4JujvNaCaNB-PFipnq7Xa6am7BmaTLwtWmj_hRfK2P99eci2-SyuECWWYg9WY2V7ZN9_Z3O4ICMH50RsHgWnw-kw5BD6oM3nxzkz9V-4bd_Q8-iqyGyfF93hTJSqZoZLIwRWWiNnQ/s1600/jambu+maharaja+lawak.jpg

Jambu Terbaik!!!

Munkin akan menjadi hari paling ramai orang kehilangan anggota badan akibat JAMBU!! Sesudah Zila Bakarin tiba giliran Nora Danish mengambil alih tempat untuk membuatkan perut aku hilang lemak berkilo-kilo!!!

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/palingbaru/terbaru/luahanhatipeminatnabilrajalawak.jpg

Nabil ada style..

Seperti biasa Nabil muncul persembahan yang kreatif yang ditunggu-tunggu munkin mesin masa yang beliau sampaikan pernah dibuat oleh amir time raja lawak dahulu tapi pada versi Nabil memang best..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcW-FZnHJkIT2rtHKODkJfqGxQuqTBz93u41cUKa5_A2UxXap019q04MQ_WADlxUAsWOJn6PHVpIJx5XbludzearliHIKHc4HH5d1jLKFeRnWydCHZq7SQX6Q5EwRIkseARBaq1dlBrA4l/s400/_pelawak_sepah.jpg

Sepah best !!

Aksi penculikan yang biasa kita lihat pada drama tapi bila dengan cara Sepah dia menjadi seperti permainan kanak-kanak..!!

Sumpah memang berbaloi ambik pakej Mustika.. sesunggunya Maharaja Lawak super best!! 


debaran gelanggang Maharaja Lawak mengalahkan konsert AF

http://kulanzsalleh.com/wp-content/uploads/2011/04/maharaja-lawak-600x330.jpg

Memang tidak dinafikan pada mula-mula permainan Maharaja Lawak nampak suam-suam kuku. tapi masuk minggu ke dua keadaanya sudah jadi lain.. fenomena pelawak-pelawak yang beraksi di pentas sangat mengejutkan rakyat malaysia untuk terus bersabar menanti gelanggang seterusnya. 

Kontroversi siaran di tukar ke saluran mustika membuatkan ramai orang marah dan tidak puas hati disebabkan pakej yang berlainan dari kebiasaan yang dilanggan, tapi semua tu hanya sementara. demam Maharaja Lawak lebih hebat dari soal duit bil astro yang akan meningkat..!! 

http://img403.imageshack.us/img403/9457/adilasingkirb.jpg

Ini amat berlainan dari tahun-tahun sebelum ini orang lebih fokuskan tentang konsert mingguan akademi fantasia. nampak perbezaan sekarang rakyat malaysia lebih gemarkan jenaka dari bermain emosi dengan akademi fantasia. tapi astro lebih pandai dari penonton.. korang tahu kenapa gelanggang maharaja lawak pukul 10..?? sebab astro nak korang layan diari akademi fantasia dulu. hahaha..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgF6qjvFmaZX8DNoX9TWSVOiF3JxRmDy154NZJPTxJhutm4ndMDgcX2u04VYCe3d4KPfUFu63Zccz-X2fnbiREArExN46cZSsn18Wv9L66iijIZ2ZBdCNi_FRj23wke0HUANWO9qecXlWZ-/s1600/amir+maharaja+lawak.png

Untuk malam ini..?? sudah pasti SEPAH, NABIL, JOZAN menjadi pilihan.. tapi penonton bertambah tidak sabar untuk menunggu siapa yang akan tersingkir malam ini.. AMIR terselamat lagi kah malam ini..?? Tunggu..!!!


Tak sampai 24 jam di KL.. Justin bieber tiba di Jakarta..

Justin Bieber - Selena Gomez Kepergok di Bandara


Ratusan peminat Justin Bieber berkumpul di Lapangan Terbang Sukarno Hatta petang tadi, kehadiran beliau dapat dihidu oleh peminat-peminat beliau di Jakarta walaupun sebelum ini pihak penganjur telah merahsiakan akan tarikh dan waktu ketibaanya. apa pun tiada sidang media dilakukan Justin terus dibawa menaiki kenderaan menuju ke tempat penginapan yang dirahsiakan.

Justin dan teman wanita Salena Gomez tiba dengan pesawat malaysia Airline dari KLIA untuk meneruskan konsert jelajah dunianya di Jakarta esok. tiket konsert di Jakarta telah habis dijual sejak bulan lepas lagi. sebanyak 10 ribu tiket untuk konsert beliau disana.

Berikut antara gambar konsert di Stadium Merdeka semalam ( Credit Picture by Media Rakyat )


 

 

Justin Bieber Live In Kuala Lumpur
 
 
Lepas nie pakat dok tunggu Maroon 5 punya konsert plak!!!