Nuffnang Ads


Friday, April 26, 2013

Misi Mesti Menang BN Selangor




Misi Mesti Menang Bn Selangor untuk merampas kembali kerajaan negeri selangor daripada pihak pakatan rakyat nampaknya masuk fasa terakhir minggu depan.. kempen makin hari makin panas.. siang sampai malam program diaturkan untuk menarik hati pengundi.

Datuk Noh Omar di Bilik Gerakan Parlimen Tanjung Karang

Calon Kerusi Panas.. Parlimen Shah Alam Datuk Zul & Khalid Samad.. 

Setiap lorong kawasan tumpuan orang ramai pasti dilalui..





Thursday, April 25, 2013

Tim Ketua Pengarah Kastam Dato Hj Shaharudin Ibrahim mati ditembak di Putrajaya..




Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato' Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala. Beliau telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, menghala Prencint 9, di sini, kira jam 8 pagi tadi.

- UPDATE -



Tuesday, April 23, 2013

PRU 13 : Letupan Bom di Ceramah BN



Masuk hari ke 5 kempen pilihanraya umum malaysia dikejutkan dengan insiden letupan bom di kawasan kempen, sememangnya sesuatu yang mengejutkan.. dan ia dilihat sangat bahaya kepada yang hadir ke kawasan ceramah untuk mendengar amanat dan ceramah para calon.

Seorang anggota keselamatan bilik gerakan tercedera akibat letupan semalam..


kejadian yang berlaku di Bilik Gerakan Pilihanraya Perlimen Nibong Tebal semalam sudah pasti akan membuatkan pihak keselamatan kini perlu mempertingkatkan kawalan keselamatan terhadap kawasan2 tumpunan orang ramai dikala musim berkempen ini.

Perkara seperti ini bila-bila saja boleh terjadi dan boleh juga berlaku dimana-mana untuk mereka yang cuba untuk menimbulkan huru hara dalam negara.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi akan mengadakan sidang medianya sebentar lagi..


UPDATE


Monday, April 22, 2013

Apa yang dijanjikan PAS kepada Mat Taib..??


Teka teki selama ini yang memperktakan bekas menteri besar akan join pembangkang nampaknya sudah sah milik bekas menteri besar selangor yang penuh dengan masalah ini.. Tan Sri Muhammad Muhd Taib bekas menteri besar selangor dan juga bekas menteri persekutuan.. jawatan yang pernah beliau sandang sebelum ini memang hebat2 berlaka.. tapi semuanya penuh dengan taik..

kini tiba pula beliau hinggap ke PAS yang sudah pasti penyertaan masuk Mat Taib akan menuntup sedikit sebanyak tempias video seks setiausaha agungnya yang tersebar sebelum parlimen dibubarkan tempoh hari.

Menjadi persoalan juga bila tiba2 Mat Taib yang sah ke pembangkang jika sebelum ini lebih terarah kepada bekas menteri besar perak dan pahang.. apa tawaran istimewa yang dijanjikan kepada mat taib didalam pas..?? memandangkan beliau masuk pas setelah parlimen dibubarkan.. sudah pasti jika PAS berjaya ke Putrajaya.. jawatan senator munkin pasti..



PRU 13 : Perang bermula..




Ragam hari selepas penamaan calon memang cukup meriah.. kena dengan status sebagai pilihanraya paling sengit di malaysia.. banyak sudah perang ceramah dan poster disegenap pelusuk negara..

Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim tiba di Perak semalam.. ceramah di Sauk..

Menaiki Bas Jelajah Merdeka ke Dewan Penamaan Calon..

Wangsa Maju..

Perang Bendera di Saratok, Sarawak..

Nik Aziz tiba di Dewan Penamaan Calon..


Kempen tidak mengira tempat.. dalam supermarket pon boleh.. 
 

Nurul Izzah dalam misi Mesti Menang mempertahankan kerusi Lembah Pantai.. Saingan sengit dari Raja Nong Chik..

Gergasi Gelang Patah.. Persaingan hidup mati politik mereka..

DS Najib menaiki bas untuk jelajah kempen BN di Selangor hari ini..


Saturday, April 20, 2013

Gambar suspek pengebom Boston di kawasan maraton didedah..




Hari ini kisah pengeboman boston ketika acara maraton tertua didunia berlangsung berakhir setelah suspek pengebom yang disyaki merancang pengeboman berjaya ditangkap setelah salah seorang lagi berjaya ditembak semalam.

Pihak keselamatan amerika juga telah mengeluarkan beberapa keping gambar yang menunjukan Tamerlan Tsarnaev dan  Dzhokhar A. Tsarnaev, berada dikawasan pengeboman ketika ramai orang sedang menyaksikan larian maraton di kawasan tamat larian.












Friday, April 19, 2013

PRU 13 : Kerusi Paling Panas.. Ghani vs Kit Siang




Calon Bebas, R Rajendren bagi Parlimen Gelang Patah umum tarik diri bertanding, sekali gus dijangka menyasikan pertandingan satu lawan satu antara Menteri Besar, Datuk Ghani Othman dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.



 Kerusi Parlimen Gelang Patah dikatakan menjadi Kerusi paling panas pada PRU 13 kali ini dimana menyaksikan pertembungan dua tokoh politik yang tidak asing dalam negara ini.

Lim Kit Siang yang merupakan Pengerusi DAP yang meninggalkan kerusi turun temurun beliau di Ipoh Timur untuk kembali ke tempat kelahiranya di Gelang Patah

Bekas Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman pula mempertaruhkan jawatan dan karier politiknya untuk bertanding di Gelang Patah.. Saingan hebat dijangka di Gelang Patah.

PRU 13 : Enam Penjuru di Machang Bubuk, P. Pinang




Machang Bubuk akan menyaksikan saingan enam penjuru apabila enam calon hadir menyerahkan borang pencalonan masing-masing di sini, pada Sabtu. 

Enam calon berkenaan ialah, daripada calon daripada parti Gerakan, Tan Lok Heah (PKR), Lee Khai Loon, Kita, 'Datuk' Dr Vicky Vikneswaran dan tiga calon Bebas Datuk Tan Hock Leong, Wan Balkis Wan Abdullah serta Ooi Suan Hoe.

Hock Leung merupakan bekas timbalan speaker DUN Pulau Pinang yang telah meletak semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas namanya digugurkan daripada senarai calon sementara Ooi merupakan koordinator kepada DUN Machang Bubuk.

Walaupun bertanding sebagai calon Bebas, Ooi masih merupakan ahli parti Gerakan.
Wan Balkis pula merupakan presiden bagi Harem, sebuah perutubuhan bukan kerajaan.

PRU 13 : 3 Penjuru di Gombak



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengumumkan Parlimen Gombak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas.

BN diwakili Datuk Dr Rahman Ismail yang akan ditentang penyandang kerusi itu, Mohamed Azmin Ali manakala calon Bebas, Datuk Paduka Said Naza Abu Bakar.
Tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu ialah Batu Caves menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amirudin Shari (PKR), Rawichandran Narayanan (BN) manakala calon Bebas diwakili Suman Gopal.


Bagi DUN Gombak Setia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Said Anuar Said Ahmad dan calon PAS, Hasbullah Ridzwan.

Di DUN Hulu Kelang turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Saari Sungib dari PAS dan calon BN, Abdul Rahim Kamarudin.

Proses penamaan calon itu turut dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong kedua-dua parti yang dianggap kubu kuat pembangkang selepas penyandang kerusi, Mohamed Azmin Ali menang dengan majoriti 6,867 undi pada PRU lalu







PRU 13 : satu lawan satu di Pekan





Datuk Seri Najib tun razak akan menentang Faris musa dari PKR bagi kerusi Parlimen Pekan.. Pengerusi Barisan Nasional itu menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.04 minit pagi.. 9.25 minit kemudian calon PKR Faris Musa tiba untuk menyerahkan borang pencalonan.



Herman Tino lawan Noh Omar di Tanjung Karang






Penyanyi 80-an, Herman Tino bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Tanjung Karang, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS. 



 Update..


Papa Gomo tarik diri tentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh..




Papa Gomo sekutu yang dianggap sebagai lawan sebenar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar ibrahim di kerusi Permatang Pauh dikatakan menarik diri untuk bertanding pada pilihanraya kali ini.. Papa Gomo yang disaman Anwar Ibrahim 100 juta akibat dari penyerbaran gambar yang disyaki menyerupai ketua pembangkang itu.




Dalam pada itu Blog rasmi Papa Gomo juga dengan status terkini menyatakan yang beliau undur diri untuk bertanding untuk memberi laluan kepada calon BN Dr Mazlan.




Ketua PKR Bukit Mertajam keluar parti..!!





Sebaik saja calon PKR menerima surat pelantikan dari Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, sekurang-kurangnya seorang penyandang di Pulau Pinang yang digugurkan, bertindak keluar parti dan mahu bertanding sebagai calon Bebas.

 



ADUN Machang Bubok, Tan Hock Leong (kiri) melepaskan semua jawatan dalam parti malam tadi dan berkata beliau akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-13.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatannya malam tadi, Tan berkata beliau akan bertanding kerusi tersebut kerana mahu berkhidmat kepada rakyat Machang Bubok sepertimana yang telah dilakukannya sejak lima tahun yang lalu.

Tan yang juga timbalan speaker DUN negeri berkata, beliau kecewa dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman kerana tidak membincangkan penggugurannya sebelum ini.

"Beliau hanya menelefon saya untuk memberitahu saya telah digugurkan. Tiada sebab diberikan. Di manakah Keadilan?", Keluh ADUN pertama panjang itu.

Tan mendakwa bahawa kepimpinan PKR mengamalkan kronisme kerana calon dari Selangor - Lee Khai Loon - telah dibawa masuk untuk menggantikannya beberapa bulan sebelum Parlimen dibubarkan pada 3 April.

Tan, yang juga Ketua PKR Bukit Mertajam Bukit, menambah bahawa dakwaan kronisme itu bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, tetapi juga di Perak dan Selangor.

Lee, yang juga ketua penerangan Pemuda PKR kebangsaan, juga merupakan ahli Majlis Perbandaran Selayang dan berasal dari kawasan parlimen Bukit Mertajam yang merangkumi kerusi DUN Machang Bubok.




Muhammad Ridzwan Sulaiman yang ditahan sebab salur bantuan kepada tentera sulu pun nak bertanding.. ini semua poyo...!!




Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Beliau yang baru dibebaskan dari tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu itu berkata, keputusannya untuk bertanding adalah satu cita-cita yang telah lama terpendam.

Muhammad Ridzwan berkata, sebagai anak tempatan di Perai, beliau kecewa dengan bekas wakil rakyatnya Dr P.Ramasamy yang mengabaikan pembangunan dan masyarakat di kawasan itu.

Katanya, beliau berpendapat telah tiba masanya pemilih kawasan DUN Perai mempunyai seorang wakil rakyat bebas yang dapat membela dan memperjuangkan nasib mereka.

"Yang ada (di Perai) hanya dua pusat beli belah Giant. Selain itu banyak lot kedai dibiar kosong. 

Perkembangan ekonomi setempat juga sangat perlahan mungkin kerana wakil rakyat di situ (Dr Ramasamy) sibuk dengan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang malam Khamis.

Muhammad Ridzwan, 47 yang ditahan selama 17 hari di bawah SOSMA dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tanpa bicara selepas didapati tidak bersalah petang Khamis.







Hilangnya seorang wanita besi.. Tan Sri Aishah Ghani..


Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani  meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini pada Jumaat kerana sakit tua.

Aishah, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lepas setelah kesihatannya tidak stabil, menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.
Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara petang ini.



Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Allahyarham merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan.

Pada 1949 beliau menyertai Umno dan menjadi setiausaha Cawangan Wanita UMNO Kampung Baru.
Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Ulu Langat pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Langat dan di Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera serta pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada 1955. - BERNAMA


Al Fatihah buat arwah..





Wednesday, April 17, 2013

Cardiff City naik ke EPL musim depan.. Malaysia namamu gah..!!



Pasukan Cardiff City yang berpangkalan di Wales semalam menamatkan perlawanan Liga kejuaraan Inggeris dengan cemerlang sekali.. setelah 51 tahun menanti akhirnya pasukan yang dimiliki oleh jutawan Malaysia ini bakal beraksi bersama pasukan hadalan lain di Liga Perdana Inggeris musim depan.





Satu lagi pasukan yang dimiliki oleh Rakyat Malaysia.. QPR yang kini beraksi di Liga Perdana nampalknya bakal turun ke liga kedua musim depan setelah berada di tangga tercorot ketika ini. QPR yang dimiliki oleh pemilik Air Asia Tan Sri Tony Fernandes juga telah mengangkat naik nama Malaysia sehingga dikenali di seluruh dunia.




Tiba giliran Cardiff City menjaja nama Malaysia musim depan dimana Liga Perdana Inggeris mempunyai pengingkut paling ramai didunia.

 Lantak org kata Berjaya nie kaya dengan judi.. itu ini.. tapi dia ada satu yang tak semua org ada.. iaitu semangat kenegaraan.. !



Syabas..!!

Jentera BN Lembah Pantai Terbaek...!!




Dalam banyak2 kawasan yang sudah aku lalu setakat ini.. kawasan Parlimen Lembah Pantai paling meriah sekali dengan perang bendera dan poster.. menyusuri jalan ke Mid Valley Megamall korang akan terasa masuk disebuah kawasan perang bendera yang sangat awesome..

Aku yakin potensi Datuk Raja Nong Chik untuk merampas kerusi lembah pantai bergitu cerah.. beliau merupakan orang lama di pantai dalam.. dan cukup dikenali oleh penduduk sekitar.. tidak mustahil kali ini beliau mampu menang besar..

kerja keras yang beliau jalankan sepanjang menjawat jawatan menteri pembangunan wilayah dan kesejahteraan bandar dan hasil turun padang beliau selama ini diterima rakyat.

Kerusi Parlimen Lembah Pantai merupakan antara Kerusi paling panas pada PRU 13 kali ini.. 


RAMALAN


BN   85 %    - 15 %   PKR




Mampukah Datuk Zulkifli Noordin tawan Shah Alam..??



Semenjak dari hari nama beliau disahkan menjadi calon Kerusi Parlimen Shah Alam banyak yang terkejut.. ramalan sebelum ini yang lebih tertumpu kepada Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ir Nawawi Mohd Zain yang dikatakan lebih layak untuk kerusi Shah Alam hanya menjadi mimpi.
\
Datuk Zulkifli Noordin calon Perkasa atas tiket BN yang sememangnya dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia.. akan tetapi beliau jarang sekali untuk dilihat di Shah Alam.. cuma bila ade ceramah di beberapa tempat dan Masjid Negeri yang beliau akan turun untuk berdemo.

Sebelum nama calon BN selangor diumumkan.. Penyokong2 BN di kawasan Shah Alam dilihat bergitu semangat.. tetapi setelah nama Datuk Zulkifli Noordin naik.. kelihatan suram sedikit di bandaraya ini.. walaupun Shah Alam boleh dikatakan 80% pengundi adalah melayu.


Khalid Samad dari PAS akan mempertahankan kerusi Shah Alam.. dilihat punya kelebihan.. 


RAMALAN


PAS  60%  -  40%  BN





Monday, April 15, 2013

PRU 13 : Senarai Calon BN Negeri Selangor.






























Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ganti Pak Lah di Kepala Batas




Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kepala Batas. 



Reezal merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno dan juga Ketua Pemuda Umno bahagian Kepala Batas. Pengarah Urusan Telekom Malaysia, Dr Mazlan Ismail akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.