Nuffnang Ads

Sunday, March 24, 2013

Subang Airport dalam kenangan..




Sebelum wujudnya Lapangan Terbang Subang atau nama panjangnya Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.. Lapangan terbang Utama Malaysia bagi orang luar masuk ke Malaysia adalah Lapangan Terbang Sungai besi.. dan kini Lapangan Terbang Sungai Besi tu hanya menjadi pusat latihan bagi unit udara PDRM dan TUDM jerk..

Subang Airport banyak ceritanya.. memang popularlah sape yang duduk dekat ngan subang airport nie.. dengan sesaknya setiap hari.. bunyi bising kapal terbang setiap masa.. sehinggalah wujudnya KLIA.. subang kini tinggal sejarah.. 


pesawat bertali arus.. mendarat..ambik penumpang... pastu blah.. itulah situasinya.. sebab airport yang sempit dan padat..


situasi ini kini hanya boleh dilihat di LCCT.. bila nak naik air asia.. hehee..



Terminal 3 cukup popular dulu kini dah upgreat jadi Skypark..





Wednesday, March 20, 2013

Apabila Politik Itu Makin Kotor..




Hampir kesemua rakyat Malaysia kini akan simpan satu slot dalam kepala otak mereka untuk diisi dengan persoalan "Bilakah Parlimen Akan Dibubar?" dan persoalan ini makin hampir dikemuncaknya apabila mandat rakyat terhadap kerajaan yang sedia ada kini sudah pun berakhir, Datuk Seri Najib tinggal kurang 2 bulan lagi untuk berbuat sesuatu iaitu menghadapi Pilihanraya pertama beliau sebagai ketua batalion pilihanraya Barisan Nasional.

Semakin hari.. semakin banyak cerita.. dari pelbagai sudut sehinggakan cerita hal keselamatan negara dan agama kini dijaja bak sampah untuk menarik perhatian rakyat.. sampai macam itu sekali penangan politik.. kini rakyat berada dalam situasi delima untuk memilih siapa yang bakal mereka pangkah menjelang PRU 13 ini..

Rata-rata kini boleh diibaratkan sebagai pengundi atas pagar.. dan memerlukan mereka berfikir panjang untuk memilih wakil rakyat mereka nanti.. pelbagai sudat harus diambil kira.. dari pembangunan masa depan.. taraf ekonomi dan juga kehidupan yang mendatang..

Undi Pembangkang..??

Menifesto Pembangkang yang dikeluarkan sebelum ini dijanjikan dengan pelbagai keistimewaan yang akan membuatkan Rakyat Tidak sabar untuk memangkah mereka.. ditawarkan Pemansuhan PTPTN sudah pasti bakal menjadi hidangan menarik bekas-bekas pelajar yang sebelum ini meminjam dari tabung itu..

Pemansuhan Tol dan Penurunan Harga Minyak yang dijanjikan juga sesuatu yang akan buat rakyat buka mata dengan memilih pembangkang.. akan tetapi adakah semudah itu kita hendak melakukanya..?? kalau difikir tanpa guna otak memang mudah.. cakap saja semua boleh jadi.. tapi bila dah buat.. baru tahu rasanya..





Undi Kerajaan..??

Adakah kerajaan yang sedia ada kini terbaik..?? jika terbaik kenapa masih ramai kakitangan kerajaan yang berpaling tadah dengan menyokong pembangkang..?? walaupun mereka diberi Bonus dan imbuhan yang cukup menyeksakan pekerja-pekerja swasta yang lain..

Hal ini kerajaan kurang peka.. dimana silap atau perlu penambah baikan.. taburan pelbagai jenis bantuan sejak akhir akhir ini akan membuatkan rakyat gembira seketika akan tetapi rakyat akan berfikir kembali bila tiba di dewan mengundi.. salah langkah.. rosak undi..

Tak kira siapa yang menang dan mentadbir negara ini.. yang paling utama sekali ialah keselamatan negara, rakyat dan kedaulatan agama harus diutamakan.. jangan sesekali melupakan rukun negara semata-mata permainan politik yang hanya mainan duniawi..


Monday, March 4, 2013

News : Sidang Media oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan






Sidang Media oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan


- Operasi bersama PDRM dan ATM.. ATM mengunakan 3 unit jet pejuang F18, 5 Unit Hawk untuk melakukan operasi pagi tadi..

- Operasi di Darat.. Operasi bersama di antara PDRM dan ATM adalah pertama kali dalam sejarah.. tidak pernah dilakukan bersama sebelum ini..

- Tiada lagi anggota keselamatan yang tercedera buat masa ini..

- Maklumat berkenaan korban penceroboh masih belum diketahui..

- 5 batalion ATM digunakan pada masa ini..












News Update : Bantahan di Kedutaan Malaysia di Manila









Pejabat Kedutaan Besar di Manila ditutup hari ini berikutan bantahan yang sedang berlangsung di Hadapan Pejabatan Kedutaan, Bantahan yang disyaki dihadiri oleh penyokong kuat puak penceroboh.. sehingga kini Pejabat Kedutaan di Manila dan Makati dikawal oleh polis negara itu.

Setiausaha Negara Filipina tiba di Kuala Lumpur dalam misi mengetahui status terkini pencerobohan tentera kesultan sulu ke Lahad Datu.








- Sidang Media kedua dijangka diadakan sebentar lagi..


UPDATE : Kedutaan Malaysia di Manila dikawal..




Pasukan Komando ATM menaiki helikopter nuri bagi menuju ke kawasan serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.. serangan darat kini sedang berlangsung.. operasi masih diteruskan..

Kedutaan Malaysia di Manila kini dikawal oleh polis filipina setelah mendapat maklumat akan ada tunjuk perasaan diatas serangan pasukan keselamatan negara keatas tentera penceroboh di Lahad Datu.

Setiausaha Pertahanan Filipina tiba di Kedutaan Malaysia di Manila untuk mendapatkan maklumat berkenaan serangan yang dilancarkan..


News : KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA





Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.









UPDATE : 7 Batalion ATM dikerah ke Lahad Datu..





- Bandar Lahad Datu keadaan agak lengang.. banyak kedai ditutup...

- 11 sekolah di Lahad Datu masih ditutup.. arahan dari Pejabat Pelajaran..

- Sekolah mula ditutup sejak Jumaat..

- Keadaaan masih tenang..

- ATM mengesahkan 7 batalion nya ke Lahad Datu sejak semalam..

- Filipina tawar bantuan kepada Malaysia..



UPDATE : Sidang Media Ketua Polis Negara & Ketua Panglima ATM.. Tiada korban anggota keselamatan negara..








Sidang Media oleh Ketua Polis Negara bersama dengan Ketua Angkatan Tentera 

- Tiada lagi Anggota Keselamatan Negara Terkorban buat masa ini..

- ATM dengan kerjasama PDRM mengunakan Senjata Api memasuki kawasan penceroboh..

- Orang luar dilarang memasuki kawasan felda sahabat buat masa ini..

- ATM melancarkan motar diawal serangan..

- Operasi masih lagi beterusan.. ATM tidak mendedahkan alatan yang digunakan...

- 4 KM persegi kawasan larangan @ kawasan perang..

- Objektif / perancangan PDRM dan ATM tercapai..


* SIDANG MEDIA TAMAT...


UPDATE...


UPDATE : Jet Pejuang F/A-18 Hornet TUDM digunakan untuk serangan pagi tadi.. Sidang media oleh ketua polis negara sedang berlangsung






F/A-18 Hornet adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden , sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat . Ia berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dan di udara . Direka pada tahun 1970-an untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat F/A-18 Hornet juga digunakan oleh tentera udara di negara-negara sekutu A.S yang lain termasuk Malaysia

Pesawat ini juga menjadi pesawat demonstrasi udara bagi pasukan Blue Angels milik Tentera Laut A.S sejak tahun 1986. Antara peranan-peranan utamanya adalah sebagai pesawat pejuang pengiring , pertahanan udara angkatan laut , SEAD , menguatkuasakan larangan udara , sokongan udara dekat dan pengawasan 


Ciri serbaguna dan kebolehpercayaan membuktikan Hornet merupakan sebuah pesawat yang berharga pada aset kapal pengangkut pesawat , namun demikian ia telah dikritik disebabkan kekangan jarak operasi dan muatan jika dibandingkan dengan pesawat sezamannya .

Pesawat F/A-18E/F Super Hornet adalah sebuah pesawat yang berlainan , evolusi penambahbaikan pada pesawat F/A-18 Hornet telah direka untuk berganding dan diperanan untuk membantu pesawat F/A-18 Hornet dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S .



Sidang media oleh ketua polis negara.. UPDATE...



UPDATE : Perang di Lahad Datu.. Hospital di Tungku ditutup.. Ambuland dari seluruh daerah dilihat memasuki kawasan perang..




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sedang memaklumkan Perdana Menteri menerusi panggilan telefon mengenai perkembangan operasi berterusan oleh pasukan keselamatan Malaysia..

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.

9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.

8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.




UPDATE..




UPDATE : Perang keatas pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu






Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.

Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

9.00 pagi: Jalan-jalan utama ke Felda Sahabat tidak ditutup dan masih boleh dilalui oleh orang ramai..

9.45 pagi: Serangan masih lagi keatas kawasan penceroboh masih lagi berlangsung..


Update selanjutnya selepas ini.

KENYATAAN PERDANA MENTERI ATAS SERANGAN DI LAHAD DATU






Putrajaya, 5 Mac - Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa
dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo. - Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.