Nuffnang Ads


Saturday, March 31, 2012

Gambar Earth Hour 2012



Semalam seluruh dunia menyambut sambutan Earth Hour dimana satu program menyelamatkan bumi ini dari bencana yang dilakukan oleh manusia atas bumi ini. lebih 500 kotaraya dari lebih 180 buah negara seluruh dunia menjayakan program yang pertama kali dilakukan di Sydney, Australia 4 tahun lepas.

Berikut antara gambar yang berjaya diambil semasa Earth Hour berlangsung...


Sydney, Australia




Di Komplek Sukan Olimpik, Bejing,China

Persembahan pentas yang diadakan di Manila..

sekumpulan pelajar menunggu detik 8.30 malam di Jakarta..





Bom di Thailand.. 11 Maut dan lebih seratus cedera..



Hat Yai, Thailand dikejutkan lagi dengan siri letupan bom, letupan terbesar dikatakan terjadi disebuah Restoran Makanan Segera di sebuah Hotel terkemuka di Bandar Hat Yai. menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla mengesahkan 11 rakyat Malaysia tercedera dalam letupan berkenaan.





Dalam pada itu Pihak Berkuasa Thailand mengesahkan 11 orang maut dalam letupan berkenaan dan lebih seratus lagi cedera, hasil siasatan awal mendapati letupan berkenaan berpunca dari saluran gas di restoran berkenaan, apapun siasatan masih lagi dilakukan.

Selatan Thailand sering menjadi sasaran serangan bom oleh puak islam di wilayah selatan negara itu, 5000 orang dikatakan maut sejak sedekat yang lalu akibat dari siri letupan bom dan serangan oleh pihak berkenaan.

Letupan yang berlaku di Hotel Lee Gardens pula dikatakan mengorbankan 3 orang mangsa dan lebih 300 lagi cedera, hotel 400 bilik itu antara yang menjadi pilihan pelancong Malaysia menginap di Hat Yai.

Friday, March 30, 2012

Raja Kechil Sulung Perak Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah mangkat

Al-Fatihah



Menjunjung takziah kepada kaum keluarga Diraja Sultan Perak diatas pemergian anakanda Paduka Seri Sultan Perak Raja Dato'Seri Ashman ibni Sultan Azlan Shah. semoga rohnya dicucuri rahmat.

Saya sebagai anak jadi negeri Perak turut bersedih diatas pemergian yang mulia.


Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menatap wajah adindanya Raja Datuk Seri Ashman Shah, 54, di Balairongseri Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Almarhum Raja Ashman Shah mangkat di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 pagi tadi dan jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar.





Thursday, March 29, 2012

Earth Hour 2012.. Jom Selamatkan Bumi..




Besok akan menjadi acara tahunan Earth Hour 2012.. dimana upacara mematikan segala peralatan atau pencahayaan yang melibatkan pengunaan elektrik dilakukan selama satu jam.. mula di realisasi di Australia sambutan Earth Hour kini telah sampai ke seluruh dunia.






Lebih 180 buah negara dan lebih 500 buah bandaraya seluruh dunia akan menyertainya tahun ini tidak kecuali Kuala Lumpur.. jadi.. ingat.. tak kira dimana korang berada esok berikan sokongan kepada Earth Hour ini untuk selamatkan bumi kita.


Kat bawah nie antara sambutan yang akan dilakukan bersama WWF Malaysia.. 


Earth Hour 2012

Day, Date: Saturday, 31st March 2012

Time: 8:00pm to 9:35pm

Venue: Main Entrance, Sunway Pyramid

Programme

At main entrance, Sunway Pyramid

8.00 pm Welcome by emcee
8.05 pm Speech by Sunway Shopping Malls CEO
8.10 pm Speech by WWF-Malaysia Executive Director/CEO
8.25 pm Countdown
8:35pm SnL singers

8:50 pm Dance in the Dark for Earth Hour (Music by Air Symphony, public invited to join)
9:05 pm Media guided up the ramp to take photos of the “60” formation
9:15pm “60” formation by students, public invited to join / Media guided back to main entrance
9:25pm Spokespersons invited back on to stage
9:29pm Countdown to lights on
9.30 pm Lights on





 

Sunday Morning Drive - Teluk Batik - PPEOC Norrthern Crew



Tanggal 25 Mac 2012 program Sunday Morning Drive yang dianjurkan oleh Northern Region berjaya dilakukan dengan kehadiran lebih 80 buah kereta yang terdiri dari ahli kelab sekali gus menjadikan program berkenaan sebagai salah satu dari program yang terbaik kelab setakat ini.


Berikut sedozen gambar yang berjaya diambil semasa tragedi berlangsung :-


















PPEOC TT Central Putrajaya




Keriangan PPEOC Central crew diteruskan lagi dengan perjumpaan kali ke dua di Putrajaya.. TT yang pada asalnya hanya kecil-kecilan menjadi tak disangka dimana lebih 70 buah PE yang datang..

















Tahniah dan Syabas buat yang berjaya menghadirkan diri..


Gambar kebakaran di KLCC..



Kebakaran lewat petang tadi mengejutkan rakyat Malaysia dimana kebakaran terjadi disebuah restoran di pusat beli belah popular di Malaysia..

Kebakaran dikatakan berlaku di Restoran Chinoz di tingkat bawah pusat beli belah berkenaan, pihak pengurusan komplek beli belah berkenaan mengarahkan semua pengunjung keluar dari pusat beli belah berkenaan bagi langkah berjaga-jaga..