Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani meninggal dunia di
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini pada Jumaat kerana sakit tua.
Aishah, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari
setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lepas setelah
kesihatannya tidak stabil, menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.
Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara petang ini.
Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Allahyarham merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi
Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri
selepas negara mencapai kemerdekaan.
Pada 1949 beliau menyertai Umno dan menjadi setiausaha Cawangan Wanita UMNO Kampung Baru.
Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Ulu Langat
pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir
tahun 1945.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Langat dan di
Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera serta pernah mengikuti
kursus kewartawanan di London School of Journalism pada 1955. - BERNAMA
Al Fatihah buat arwah..