Nuffnang Ads


Saturday, March 22, 2008

Rumusan Konsert Pertama AF6

Rumusan Konsert Pertama AF6 dari pandangan Kenshiro :-

* secara keseluruhan konsert malam semalam masih dianggap tidak hangat.. dan tiada apa yang mengejutkan mahu pun sesuatu yang boleh dianggap terbaik.

* Ac Mizal yang pertama kali menjadi host konsert dilihat agak kaku dan masih memerlukan sesuatu idea yang bagus untuk menjadikan ia konsert mingguan yang boleh ditonton oleh semua orang. supaya penonton tidak lari ke siaran lain.

* pengkritik tetap ning baizura boleh dikatakan lebih mengambil hati pelajar berbanding kak ogy yang lantang meluahkan ketidak puasan hati beliau.

* pengkritik jemputan pada malam semalam ajai juga boleh dikatakan lantang memberikan kritikan.

* persembahan Alif boleh dikatakan teruk dan tidak kena pada gaya penampilan beliau.

*lufya munkin boleh menarik perhatian pengundi lelaki pada kali ini dengan pakej yang sedia ada pada dirinya.. tapi harus diingat lebih ramai wanita sanggup habiskan duit untuk mengundi...

*Riz yang dianggap otai antara pelajar di akademi kali ini memang ada ciri juara.. kena pada lagu yang dibawa hampir meletakan ia salah satu top five ke akhir.. tapi itu baru konsert pertama...

*stacy membawakan lagu 'no one' semlm dengan cara yg agak menarik untuk dilihat.. tetapi gaya menarik bak cacing kena siram dek air panas sokmo tu munkin mencacatkan persembahan tak pun membuat org pikir lain macam..

*auntie rina sebagai peserta pertama menyanyi semalam masih di anggap asing oleh org ramai walau pun ia menarik perhatian..tetapi boleh dirasakan akan ramai orang tidak dapat menerima beliau sebagai salah seorang pelajar musim ini.. nasib la .. tak leh nak kata ape la kan...

*nadia hehe suke aku tgk dak nie.. ade ciri juara .. sore dia pun best.. persembahan malam tadi cukup menarik dengan gaya yang tersendiri.. cayalah!!

*Faisal mamat yang paling alim pada af musim nie munkin tidak akan menarik aura seperti mawi dahulu.. ape pun aku nak tgk ape yg akan terjadi minggu depan...

*toi plak budak sempoi nie memang best bagi menyenangkan hati penonton bagi aku la.. memang ader ciri yang sendiri untuk org suka kat dia.. boleh dikatakan bagus dak nie...

*nubhan mamat pilah delpiah nie mendapat pujian yg gile2 kaw2 punye smlm.. sampai ning tak kelip bijik mata lah tgk dia nie wat persembahan.. ape pun bagi aku dia ader ciri dan pakej sore yang best... nak tunggu minggu depan nyer konsert...

*yana terkeluar semlm.. agak kurang menyerlah munkin dia keluar kerana lagu yang dibawa.. tak leh kata ape la kan...

itu komen untuk konsert pertama af6 dr kenshiro.. harap2 minggu depan Ac Mizan dapat buat sesuatu perubahan yang lebih dr mlm tadi..

No comments: