sejak dua menjak nie kedudukan BN dalam keadaan terumbang ambing... banyak sungguh cerita buruk dan yang tidak sedap didengar.. apakah ini salah satu pertanda kejatuhan yang diwar-war kan oleh pihak pembangkang...
adakah pembangkang sudah mempunyai kepercayaan sepenuhnya dari seluruh rakyat malaysia yang seramai 24 juta org..??
sejak merdeka barisan nasional memerintah negara ini dengan jaya nya.. dan hingga lah ke hari ini malaysia dihormati dari aspek pembangunan dan pertumbuhan ekonominya.. selain memacu sebagai negara dunia ketiga yang paling teguh.. tapi hakikatnya suasana politik dalam negara sentiasa tidak stabil sejak dulu lagi..
memang semua orang bercakap akan keadaaan politik dimalaysia ini tidak lebih sebagai musuh dalam selimut yang boleh menyerang kawan bila-bila masa dan bila perlu atau terdesak untuk melakukan nya ia tidak mengira kepentingan kawan mahu pun persaudaraan..
terbaru kes ucapan yang berbau perkauman yang berlaku pada masa pilihanraya kecil permatang pauh.. sesuatu yang bila kita dengan ucapan seorang yang kuat politik mengatakan sebegitu memang ia menjatuhkan maruah penduduk cina.. ia tidak dinafikan.. akan tetapi cuba kalao orang cina cakap melayu bodoh!! melayu miskin!! melayu mundur..!! boleh terima kah..?? hanya tun mahatdir saja berani memburukan melayu dengan 'melayu mudah lupanya' ape yang diperkatakan itu benar dan ia fakta jadi walaupun orang bising bagai nak rak tapi rakyat akhir nya menerima kenyataan dr mahatdir..
16 sept yang disebut2 sebagai penubuhan era baru malaysia oleh datuk seri anwar ibrahim.. sesuatu yang juga membuatkan barisan nasional sekali lagi berada dalam ketakutan.. anwar hanya memerlukan 30 orang ahli parlimen saja lagi bagi mengistiharkan beliau sebagai pedana menteri malaysia yang ke 6.. dua tangga telah tercapai apabila memenangi kerusi parlimen permatang pauh.. dan kini menjadi ketua pembangkang.. ia tidak jauh lagi bagi anwar berjalan.. hanya menunggu masa yang sesuai untuk membuktikan kebenaran yang sebenarnya..
jika benar ia berlaku.. amatlah mengejutkan.. sudah tentu barisan nasional mempunyai banyak taknik bagi menghalang proses penukaran kerajaan ini berlaku..bagi orang-orang yang tidak mengerti akan politik munkin ia tidak ade makna bagi mereka .. tetapi secara keseluruhan nya ia sesuatu yang memberi impak yang akan datang pada kehidupan semua...
jadi ape yang boleh kita sebagai rakyat biasa ini... hanya lah melihat..
1 comment:
kuatnyelah ko nih berpolitik..hehe
Post a Comment