Nuffnang Ads


Tuesday, January 11, 2011

Projek MRT Malaysia

http://www.carlos.or.tv/photo/Malaysia05/putra-lrt.jpg

Apa itu MRT..?? beliaulah yang digelar sebagai Aliran Transit Massa..

http://www.track0.com/japh/archive/images/paris_metro-08-14-04.jpg

Jika korang pernah ker kotaraya maju lain didunia ini korang mesti pernah mengunakan sistem aliran pengangkutan yang hebat ini. Singapura, Hong Kong, Tokyo dan Paris adalah antara bandaraya yang sudah memiliki sistem ini.

 http://www.brucelinn.com/Resources/singapore.mrt.jpg
 * Map MRT Singapore

MRT Hong Kong merupakan yang terbaik didunia ketika ini.. manakala MRT Paris menjadi antara sistem pengangkutan yang paling sibuk didunia ketika ini.. hampir 5 juta orang mengunakan sistem MRT di paris. sama la jugak di Singapura.. hampir 80 peratus penduduk pulau temasek mengunakan sistem MRT setiap hari untuk begerak.

http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-00bf-6320-a65a/riding-the-mrt-hong-kong-china+12920755147-tpfil02aw-17832.jpg

Sekarang giliran rakyat Malaysia pula mendapatkan satu perkhimatan sistem aliran keretapi bawah tanah bersepadu dan canggih untuk kawasan padat di Kuala Lumpur. satu langkah yang dilihat untuk mengurangkan kesesakan lalulintas yang dialami oleh mereka yang hendak ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri telah mengumumkan projek MRT Malaysia ini akan mula dijalankan pada Julai tahun ini dan ianya dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.. Projek yang menelan belanja hampir 36 Billion Ringgit akan menjadi satu projek Mega yang paling mahal pernah dilaksanakan di Malaysia.. Memang mahal sebab projek untuk bangunkan Putrajaya pun baru 24 Billion Ringgit.!!

http://thestar.com.my/archives/2010/12/21/central/m_3graf.jpg

Jika ianya siap kelak.. sistem aliran keretapi bawah tanah ini akan mempunyai 60 stesen yang kebanyakanya bawah tanah pada jarak hampir 90 kilometer bermula dari Sungai Buloh hinggalah ke Kajang. selain itu MRT Malaysia juga akan melalui bandar-bandar yang mempunyai penduduk yang padat seperti Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Balakong dan Cheras.. Aliran ini juga akan melalui bawah perut kotaraya Kuala Lumpur.

http://i4.photobucket.com/albums/y112/arezeo/Misc/malaysia_star_lrt.jpg

Sistem ini juga akan berhubung rapat dengan sistem aliran yang sedia ada sekarang seperti KTM Komuter, Putra LRT dan juga Monorail jadi lepas nie tak payah lah korang bersusah payah nak bawak kereta utk kemana-mana.. naik jerk tren.

http://farm5.static.flickr.com/4045/4678316583_a78156e983.jpg

Projek ini akan memberi peluang kepada lebih 130,000 ribu orang apabila ia dijalankan.. dan dijangka 1.2 juta orang akan mengunakan sistem ini apabila ia siap kelak.. dan dapat menjana pendapatan negara sehingga RM 12 Billion Ringgit setahun pada tahun 2020 nanti.

http://www.twip.org/photo/southeast-asia/malaysia/photo--15-11-06-09-53-26.jpg

Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya.. dan harapan rakyat sudah tentu mahukan yang terbaik dari kerajaan. tapi kita perlu ingat jangan lah kita selalu merungut dengan sedikit masalah sebelum kita mendapat sesuatu yang baik untuk kegunaan kita pada masa akan datang.


5 comments:

kyo_9 said...

pergh.. 2020 baru siap~
hidup lagi ke x waktu tuh..

kenshiro said...

hidup beb.. siap boleh beli tiket ikut harga warga emas hahaha...

Izzat Aziz said...

lambat lagi tu 2020, harap2 dapat bukak secara berperingkat.. bukan 2020 baru bukak.. ada benda ni kurang-kurangkan lah guna kereta..buat jem jalan je..

budakbandunglaici said...

ada peningkatan lah tu..
pasni senang nk gerak g kl..
mrt kt depan umah je...
xsabar tol nak naik mrt kat dmansara...

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Salam saudara,

Saya ingin berkongsi ilmu pengetahuan dgn semua pembaca tentang projek MRT Lembah Kelang. Ini saya tulis dari sudut transportaion engineering, civil engineering dan geologis.

Harap ia akan memberikan infor terbaru kepada semua. Tajuknya, "MRT : selesaikah masalah pengangkutan awam di Lembah Kelang ?".

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/mrt-selesaikah-masalah-pengangkutan.html