Nuffnang Ads

Friday, February 25, 2011

Artis yang berasal dari keluarga ternama..


Kita munkin kenal akan artis yang kita minati.. tapi adakah kita kenal beliau tu anak sape.. beranak dimana atau dari keluarga mana datangnya mereka.. kalau korang peminat fantastik sudah tentu korang boleh tahu dari mana si polan dan si polan berasal.

Dikelapangan yang tiada apa nak buat ini aku nak story sket pasal artis-artis yang berasal dari keluarga yang ternama dan dihormati.




http://2.bp.blogspot.com/_YAUGckzE31Y/TOgJaJn7-WI/AAAAAAAAARk/sjYUOlnZDJ0/s400/Mizz%2BNina%2B2.jpg

Mizz Nina

Sape yang tak kenal dengan tunang kepada Noh Hujan nie.. sejak pulang ke tanah air dengan album yang dihasilkan di Hollywood sudah cukup membuatkan beliau dikenali seluruh negara. bermula dari group hip hop teh tarik crew munkin kita tidak sedar yang beliau datang dari keluarga jutawan. beliau merupakan anak gadis kepada Jutawan Tan Sri Azman Hashim pemilik Ambank Group!


 

Najwa

Pemilik suara suparno gagah berani ini munkin tidak segah nama bapanya.. tapi kemunculanya dalam bidang seni dengan tidak mengaitkan keluarga malah beliau lebih suka hidup dengan cara beliau sendiri.. anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri ini cukup low profile.. beliau tidak meninggi diri walaupun beliau anak Tan Sri Muhiddin Yassin.


http://2.bp.blogspot.com/_DnT1cxsNkx0/TNpMOc7YOZI/AAAAAAAACmE/bgPzV1GolU4/s1600/fazley+yaacob.jpg 

Fazley Yaacob

Dr Fazley.. Dr Asmara.. antara nama glamor yang pernah diberikan peminat kepada beliau.. bermula dari nyanyi sehingga ke bidang motivasi tanpa kita sedari dia berasal dari keluarga yang hebat.. ayahnya Datuk Yaacob merupakan orang yang paling banyak bas mini di KL suatu ketika dahulu.. ayahnya juga merupakah CEO PWTC yang menjadi ikon orang melayu.. dah kalau korang nak taw gak.. tugu negara itu adalah inpirasi dari pose Datuk Yaacob!!

http://www.penguin.com.my/root/_htdocs/skin/default/img/template/4340/dira_abu_zahar_03.jpg

Dira abu zahar

Pengacara Melodi yang baru dilantik ini merupakan anak kepada Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang merupakan bekas ketua menteri melaka.

http://i195.photobucket.com/albums/z101/wa2_/654821537l.jpg

Dafi

Penyanyi yang lahir dari program reality Akademi fantasia ini munkin menjadi pujaan ramai wanita diluar sana.. gaya babyface beliau sudah cukup membuatkan aiskrim conetto cair tanpa korang sedari.. beliau merupakan anak kepada salah seorang menteri kabinet di negara ini.. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengunaan.



Itu adalah sedikit sebanyak mereka yang lahir dari kalangan keluarga yang ternama dan hebat.. tapi tabik gak la kat diorg walau berasal dari keluarga yang hebat tapi diorg nie tak der la besar kepala macam si polan-polan yang nak tunjuk diva!!

3 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

tak silap aku si aizat tu pun anak datuk.. ke aku silap?

jom join bloglist meuz

kenshiro said...

haah aizat pun bapak dia datuk gak.. dengar citer ex C.E.O syarikat telekomunikasi...

Qistina said...

mizz nina : i loikee~!!