Nuffnang Ads


Tuesday, March 29, 2011

Biarkan aku jatuh cinta...

http://farm4.static.flickr.com/3058/2368799393_9ce7857805.jpg

Rencana jiwang dari hati boleh membawa mati ini khas untuk mereka yang sedang dalam dilema cinta yang bertepuk sebelah tangan.. nukilan dari hati seorang lelaki yang cintanya hanya pada dirinya sendiri tanpa diketahui akan perasaan orang yang dicintainya.

Perasaan seseorang lelaki bila melihat wanita yang beliau minat tidak dapat dielakkan.. tak berkelip bijik mata dibuatnya.. kadang-kadang bayangan wajah si gadis boleh dibawa dalam ingatan sampai bertahun-tahun lamanya.. tapi adakah wanita juga boleh mengingati wajah orang yang pernah menyayangi beliau suatu ketika dahulu..??

Adakah salah jika seseorang itu memendam perasaan yang syok sendiri itu..?? mereka tidak kacau orang dan tidak sakitkan hati orang.. biarkan lah dia bercinta dalam bayanganya sahaja.. jangan diganggu orang yang sedang bahagia untuk kepuasan diri sendiri..

Melihat kebahagiaan orang yang dicintai lebih penting dari menyimpan perasaan cemburu yang tidak tentu pasal.. pengorbanan itu selalunya bukan tiada hikmahnya.. tapi ujian yang dilalui itu sebenarnya menguji tahap kesetiaan dan kesabaran seseorang..

Adakah sampai mati cinta itu akan bersemi dalam ingatan..?? kenangan bersama dan cerita pahit manis yang lalu menjadi pengubat rindu.. ingatan disanubari untuk cinta dan rindu untuk dirinya sendiri... 

* Artikel jiwang ini ditulis dikala mendengar lagu dibawah.. silalah dengar.. best kot!




No comments: