Nuffnang Ads

Sunday, March 6, 2011

BN 2 - 0 PAS / Liverpool 3 - 1 Manchester United

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/11/24/article-0-028FC1E6000005DC-970_468x515.jpg

Malam yang sungguh gemilang terbilang dan terkenang.. Liverpool Menang dengan bergayanya di Gelanggang sendiri.. dari pagi lagi dok baca berita tentang semangat membuak2 pengurus Liverpool dengan yakin dapat memenangi perlawanan menentang MU. nampaknya omonganya bukan kosong.. tapi dibuktikan dengan jaringan hatrik Kuyt sudah cukup membuatkan Sir Alex Fergusson menangis dalam hati memikirkan alasan yang sesuai untuk berdepan dengan wartawan..



Tapi ada juga peminat-peminat MU yang siap sedia memboikot penyokong-penyokong Liverpool yang sejak dari awal permainan lagi.. seperti dengan menjual baju Liverpool dengan harga murah selain memberi khabar angin akan keputusan yang tidak tepat. khasnya para peniaga-peniaga uptown!! korang memang penyokong MU yang terhebat!! hahaha...


Buat Barisan Nasional sekalung tahniah juga diucapkan dengan kemenangan 2 kerusi tanpa balas oleh PAS.. nampaknya rakyat masih boleh menerima pimpinan Datuk Seri Najib... gunakan mandat rakyat ini dengan lebih cermat dan sentiasa ambil berat akan rakyat.. jangan time pilihanraya jerk bersungguh sampai tak tidur malam menjaga rakyat.. bila menang batang hidung pun tak nampak..

Akhir kata dari saya.. salam takziah buat penyokong sampai mati Manchester united dan buat penyokong PAS permainan masih panjang dan ia belum tamat. Assalamulaikum...


No comments: