Nuffnang Ads


Sunday, June 12, 2011

Komen disebalik : KL Gengster..!! Tak gengster pon..

https://lh4.googleusercontent.com/-a9ZmE1zCxfY/TeYwSy0O0aI/AAAAAAAAAgY/FnlvekQFsdg/Filem-KL-Gangster.jpg


Akhirnya aku berjaya juga menonton filem samseng yang dianggap paling samseng pernah dihasilkan di Malaysia.. memang penuh panggung dibuatnya ditambah dengan isu Pekida yang tidak puas hati diatas pengunaan beberapa gelaran dalam filem ini.. menambahkan lagi orang untuk menonton filem anak pengarah Datuk yusof Haslam ini.


Secara peribadi bagi aku ini adalah filem aksi yang terbaik setakat ini.. tapi agak teragak-agak gengster yang ingin disampaikan itu.. walaupun ianya satu cerita mengenai kehidupan kumpulan-kumpulan samseng di Kuala Lumpur secara realitinya keadaan kumpulan-kumpulan samseng di KL atau Kuala Lumpur tidak lah seperti yang digambarkan didalam filem ini.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhk7wWaCs7rwaXHpGqtd3mCw-LSM5JOdbroy8V1oTigzfU_-bLC2ojQ6cKwnDp4Ai2tA49-bvprpQLp7hgFjbJqXHInrrLLZjaahbfGVNMHDawUjvXZwl-AFfna-JDoz3tqfy9Lzm5-qCFk/s1600/36903_1402475835057_1627177723_962247_2871053_n.jpg


Jalan cerita nampak ringkas.. tetapi yang membuatkan orang terpaku menonton munkin aksi pergaduhan tanpa henti sambil dibintangi oleh bintang-bintang hensem dan popular munkin menjadi satu faktor orang kata filem ini best..?

Pengunaan bahasa kesat dalam filem ini cukup banyak.. sehingga mendatangkan rasa tidak senang menontonya.. apa tah lagi kanak-kanak.. terfikir juga jika nanti ada orang yang akan menggunakan ayat-ayat palat ini dalam kehidupan harian mereka.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeqcjJbJ5jjz1p1eEnlhXr07Z-NzPk0cY4KZhM_dWa8krbQ8rLEuEAIoBe1iGLWte68n3v1tVTT7TxFWPm9sPT4pS1n3cwDa4dT7YViwgS-H_AcW2Gp9TJObKOAyqPbCPpDuC1pkYmSfyu/s1600/28610_1392650069419_1627177723_937186_198689_n.jpg


Apa pun hasil karya Shamsul Yusof ini tidak boleh diperkecilkan.. pada usia muda kini beliau dapat hasilkan filem sebegini tidak mustahil suatu hari nanti ada lagi filem yang lebih baik dari ini yang beliau boleh hasilkan.


http://farm4.static.flickr.com/3107/2351887578_dffde4a6ec.jpg

Untuk pelakon.. memang Aaron Aziz telah membawakan watak yang cukup berjaya dalam filem ini.. tidak mustahil beliau akan diangkat sebagai aktor terbaik untuk festival filem akan datang.. bergitu juga dengan Adi Putra lakonan yang mantap dan menjadi.. untuk Zizan watak kau cukup untuk buatkan filem ini menjadi samseng komedi.. dan aku boleh cakapkan disini.. orang-orang pekida munkin lebih rasa nak belasah kau dari nak saman Shamsul.


http://farm6.static.flickr.com/5311/5799509731_e2861b8ab2.jpg



Itu saja yang mahu aku komen.. oh ya lagi satu.. mintak pengurusan MBO supaya tukarlah kerusi dan buat lah susunan kerusi yang lebih menarik sikit.. terasa terseksa bila menonton filem dihalang oleh kepala  orang depan.. mintak pengurus atau pemilik MBO try tengok wayang kat TGV atau GSC dan rasai menonton wayang di TGV @ GSC berbanding di MBO. hampeh!!

No comments: