Nuffnang Ads


Thursday, June 16, 2011

Nanti dah kawin besok.. nak panggil suami seth lah!!

http://4.bp.blogspot.com/-0oSGH2KQ2zs/TfihuF-6kKI/AAAAAAAAATo/qjFxcuI4nAI/s320/5731_140374111473_63699651473_3299087_3227184_n.jpg

Tajuk memang nampak gampang dan teruja habis dengan drama Nora Elena ..yerla mana tak nyer.. kalau sebelum nie.. diwaktu 7 malam tak pernah tengok jalanraya tak sesak.. facebook sepi.. pasar malam lengang.. surau ape tah lagi.. semua dok tengok Nora Elena.. tak kire lelaki ataupun perempuan. 

Lupakan drama yang sudah habis tu.. jadi kembali kepada tajuk soalan diatas.. ramai yang sebelum kawin dah simpan angan-angan untuk membahasakan diri atau hendak memanggil bakal isteri atau suami dengan alah-alah manja gitu.. konon-konon romantik tahap gaban dan cinta itu tulus murni mengalahkan minyak visawit.

Hubby.. Ayang.. Sayang.. Darling.. macam-macam lagi lah.. sampai bernanah telinga kalau kawan-kawan dengar.. silap2 pecah gegendang telinga dibuatnya.. jadi persoalanya kini.. adakah ianya mengeratkan lagi hubungan selepas berkahwin..??


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_QFkB73f7RgN167-njwH_WOLOvgU6GBLHjShmvYjT0RGefNStkyqy16I-OJnkYs3WbzV3yqxqhvDMYG1E36A_SjDmGFaoM-1sXzJUC0De35ROkaKwF25PPIpIElA2dl4jfDztA5km-RU/s400/Ayah-pin-bersama_dengan_4-isterinya.jpg


Kalau tengah bercinta jangan cakapla.. kalau boleh sebut guna kulit lidah yang paling halus tu harus... siap dengan idgham ma'al ghunnah skali..

Sekali lagi persoalan aku adakah ianya mengeratkan lagi hubungan selepas berkahwin..?? atau menambah kasih sayang supaya kekal abadi hingga akhir hayat..?? apa akan terjadi bila usia memasuki usia 70 tahun kita masih rasa bangga membahasakan diri kita ayang @ hubby untuk pasangan kita..??


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-sjc1/hs526.snc3/29891_1464173203094_1196427004_1353482_5651387_n.jpg


Kasih sayang sepanjang hayat tu bukan lah pada nama atau gelaran.. ianya daripada hati.. cinta dan kasih sayang tu memang tidak dapat digambaran melalui sebutan atau bayangan.. isinya datang dari hati.. ibarat musim bunga di pulau nami..<--peribahasa cinta nie!! ianya datang bila musimnya.. macam orang tengok drama gak la.. kalau dulu drama "Adam Maya" orang dok sibuk sgt nak cari suami macam "adam" sekarang orang dok sibuk pulak cari suami macam "Seth" hahaha...


1 comment:

Nasz said...

salam kenal..

jemput join segmen simple pantun saya..

SEGMEN SIMPLE : PANTUN PUJI DIRI SENDIRI ...