Nuffnang Ads

Thursday, July 7, 2011

MRT Malaysia permulaan ke arah negara maju

http://rights2write.files.wordpress.com/2011/03/030711_2254_busescanrep11.png

Hari ini Perdana Menteri akan melancarkan Projek MRT Malaysia atau Mass Rapid Transit projek berskala besar yang menelan belanja lebih 40 Billion ringgit ini boleh dikatakan pelengkap kepada system pengangkutan awam di negara ini untuk setanding dengan negara - negara maju lain didunia. 


http://www.gobalakrishnan.com/wp-content/uploads/2009/01/040.jpg


Projek 3 Fasa yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk siap sepenuhnya ini akan menghubungkan rangkaian system pengangkutan awam yang sedia ada di sekitar Lembah Klang.. bila ia siap kelak MRT ini akan memberi kemudahan kepada lebih 10 Juta penduduk Lembah klang untuk begerak sehari-harian.


http://tipshartanah.com/wp-content/uploads/2010/12/mrt.jpg


Fasa pertama projek ini adalah Laluan 1 yang menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang sejauh lebih 51 KM dengan 35 Stesen hentian membelah kawasan penduduk yang padat seperti Damansara, Cheras, Petaling Jaya dan Kajang.

35 Stesen untuk Fasa Pertama yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2016 :-
1. Sg Buloh KTM ***
2. Kg Baru Sg Buloh
3. RRIM
4. Kota Damansara Utara
5. Taman Industri Sg Buloh
6. PJU 5 (Kota Damansara Selatan)
7. Dataran Sunway, Kota Damansara
8. The Curve, Mutiara Damansara
9. 1 Utama, Bandar Utama
10. Taman Tun Dr Ismail
11. Seksyen 17
12. Seksyen 16 (Eastin Phileo Damansara)
13. Pusat Bandar Damansara ***
14. UOA Damansara, Jalan Semantan
15. KL Sentral (Muzium) ***
16. Pasar Seni LRT ***
17. Warisan Merdeka
18. Bukit Bintang Barat
19. Bukit Bintang Timur
20. Pasar Rakyat (KL International Financial District) ***^
21. Jalan Cochrane
22. Maluri LRT ***
23. Taman Bukit Ria
24. Taman Midah/Bukit Mewah
25. Cheras Leisure Mall, Taman Segar
26. Phoenix Plaza
27. Taman Suntex
28. Taman Cuepacs
29. Bandar Tun Hussein Onn
30. Balakong/Cheras Selatan
31. Taman Koperasi Cuepacs
32. Taman Mesra
33. Saujana Impian
34. Bandar Kajang (Kajang Stadium)
35. Kajang KTM ***

Fasa kedua melibatkan laluan disekitar perut bumi Kuala Lumpur dan Fasa tiga akan menjangkau sehingga ke Shah Alam dan Port Klang dan ianya dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 nanti. dengan perlaksaan projek ini Malaysia akan berada setanding dengan KotaRaya Metropolitan hebat lain didunia seperti Paris, London, Tokyo dan Singapura.


http://3.bp.blogspot.com/-80J1WYe50Ts/TWEklPzPfpI/AAAAAAAAAHA/oSFURNGYKtk/s400/amp6car.jpg


Wah tak sabar rasanya nak merasai keretapi bawah tanah lame2.. yang ada skang nie pun terowong dia pendek jerk.. menguap kat Masjid Jamek.. tutup mulut dah sampai KLCC.. bila dah siap MRT nanti jgn katakan menguap.. tido sampai nyeyak pun bangun stay dalam terowong lagi hehehe...

http://4.bp.blogspot.com/_ZAqfKNjDwiQ/TThK6ky1wkI/AAAAAAAAAuc/sQYjEjF6FvI/s640/mrt.jpg




1 comment: