Nuffnang Ads

Tuesday, September 13, 2011

Mat Sabu ubah segala-galanya...

http://www.terangbulan.net/wp-content/uploads/2011/09/mat-sabu1.jpg



Dikala kita berada dibulan kemerdekaan negara kita yang ke 54 tahun ini.. orang yang paling popular untuk bulan kemerdekaan tahun ini bukanlah Tunku Abdul Rahman seperti tahun-tahun yang lepas sebab Timb. President PAS menjadi orang yang paling banyak disebut dan dianggap sebagai orang yang paling popular bulan ini.

Ceramah beliau di Nibong Tebal yang membangkitkan isu komunis yang menyerang Bukit Kepong telah mengubah segala-segalanya.. bermula dari ceramah beliau itu juga sehingga kini timbul pula mengenai siapa yang sebenarnya menjajah negara kita dan apa benar negara kita dijajah.







Tidak cukup dengan itu.. Isu ini melarat sehingga terpaksa Buku Teks Sejarah disekolah yang selama ini menjadi bahan rujukan untuk rakyat Malaysia sejak sekolah turut menerima kesan. Pihak Kementerian Pelajaran sedang menimbang untuk mengubah sejarah dalam buku sejarah di sekolah!!


Apa benar sejarah yang kita pelajari dahulu itu salah..?? sehingga perlu diubah..?? dimana silapnya.. apa Mat Sabu akan diangkat sebagai Hero dalam kes ini.? jika dilihat dengan apa yang disampaikan Mat Sabu mengenai perjuangan polis di Bukit Kepong itu tidak ada hubung kaitnya secara terperinci tetapi dari penglihatan mata rakyat Mat Sabu telah mengubah Sejarah kemerdekaan negara hari ini.



http://1.bp.blogspot.com/_4unM1b8hzZ0/S0DGYUsplEI/AAAAAAAABRo/6epjlcanSCo/s320/P1041277.JPG



Kenapa setelah 54 tahun kita merdeka dan berapa juta sudah Rakyat Malaysia yang lahir selepas Merdeka ditipu..?? Kerajaan perlu membuat sesuatu untuk memperbetulkan fakta yang sebenarnya. walaupun ianya hanya sejarah lampau tetapi ianya melibatkan tahap pengetahuan rakyat akan datang mengenai cara dan bagaimana negara ini merdeka.


Tidak ada ertinya untuk kita sambut hari kemerdekaan jika kita tak pernah menghayati dan faham akan apa erti Kemerdekaan itu. 

Berbalik dengan apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu dalam ceramahnya yang mengiktiraf Komunis sebagai Perjuang sejati berbanding anggota polis yang mempertahankan negara. cerita Mat Sabu itu telah menarik ramai rakyat negara ini untuk mula mengenali akan cerita Bukit Kepong!!



 http://umnojb.com.my/pemudajb/wp-content/uploads/2009/05/komunis.jpg


Sampai kan di majlis rumah terbuka orang bercakap mengenainya.. tetapi bukan tajuk cerita Bukit Kepong yang ditanya.. tetapi Cerita Mat Sabu.. jadi tajuk asal Bukit Kepong itu kini dah tukar tajuk pulak jadi Cerita Mat Sabu!!


http://2.bp.blogspot.com/_UavdB_Z8254/THyhVnYBkGI/AAAAAAAAANs/n8FEpmHY-7o/s1600/bukit-kepong.jpg


Memang dari dulu aku selalu dengar dari orang politik bercakap mengenai Mat Sabu.. dimana jika ceramah yang dihadiri oleh beliau selalunya penuh dan mendapat perhatian. dan kini baru aku percaya yang beliau memang luar biasa. sebab beliau jugak boleh mengubah sejarah!!



http://kitagempur.com/kgc/images/stories/mat%20sabu.jpg 


No comments: