Nuffnang Ads


Monday, October 31, 2011

Kereta api rempuh Lori tangki minyak di Kota Kinabalu





Sebahagian Bandaraya Kota Kinabalu petang tadi dikejutkan dengan letupan akibat pelanggaran sebuah Lori tangki dengan Sebuah Kereta Api. kemalangan yang berlaku lewat jam 6 petang waktu tempatan. angka rasmi mereka yang tercedera dan maut masih belum diketahui.

Menurut berita 2 buah gerabak kereta api berkenaan hagus sama sekali dalam letupan berkenaan.



Video Kemalangan Kereta Api di KK







Lisdawati menang.. Nadia Mustapa kena bayar RM50 ribu..

http://www.hmetro.com.my/articles/Lisdawatimenangsamanfitnah/pix_middle



KUALA LUMPUR: Pelakon Lisdawati hari ini diberi ganti rugi RM50,000 selepas beliau menang dalam kes saman fitnahnya terhadap pelakon Nadia Mustafa.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali, membenarkan saman fitnah yang difailkan Lisdawati terhadap Nadia, berhubung artikel yang disiarkan di majalah Media Hiburan enam tahun lalu.
Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi termasuk Lisdawati dan Nadia dan hujah peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Lisdawati dan Siti Julaini Mohd Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob yang mewakili Nadia. 



 http://4.bp.blogspot.com/_n1Qvz2ojX8I/TSmNPcg3ORI/AAAAAAAAGVU/VavP8QEcO3w/s400/NadiaMustafa%255B1%255D.jpg




Dalam keputusannya Yong Zarida memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar ganti rugi sebanyak RM50,000, faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu hari ini sehingga penyelesaian penuh kes dan juga kos skala.

Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir ke mahkamah.

Mengikut pernyataan tuntutan Lisdawati yang difailkan pada 21 April tahun lalu, mendakwa Nadia dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Wawancara itu didakwa berlaku sekitar Januari 2005 dan Lisdawati mendakwa, majalah itu menyiarkan pada keluaran mereka bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005.
Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, dalam erti biasa artikel itu antaranya bermakna dan difahamkan bermaksud dia meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang yang dikatakan itu kepada Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

Bagaimanapun, Nadia dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 18 Mei lalu menyatakan artikel itu tidak mempunyai unsur fitnah, sebaliknya meminta supaya orang yang berhutang menjelaskan hutangnya.




Kenapa kita sembah kaabah..??




"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"



"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"



"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."



"Kamu sembah apa?"



"Saya sembah Allah swt"



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."



"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."



"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"



"Pernah...... selalu.."



"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"



"Tengok perlawanan bola la.."




"Di mana?"



"Dalam tv la.."




"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."



"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."




"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."



"So..?"



"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"



"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."




"Peliknya.."



"Sebab apa pulak pelik?"



"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."



"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."



"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"



"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Sunday, October 30, 2011

Maharajalawak Mega Minggu 1 : Suam.. Suam.. Kuku...





Memandangkan aku tak dapat tengok Minggu Pertama Maharajalawak Mega ini secara live sebab atas sebab tertentu.. jadi aku menonton melalui Youtube jerk.. nak komen pon kena la tengok gak baru leh cakap.. jangan main sebat jerk yer tak..


Agak teruja sebenarnya nak tengok aksi lawak dari otai-otai nie bila bertanding.. yerla.. otai katanya.. pasti la boleh buat orang pecah perut kan.. jadi setelah berakhir minggu pertama.. aku rasa program nie bakal menjadi suam-suam kuku kalau diambil kira dari persembahan minggu pertama..


Secara logik nya aku katakan Maharajalawak yang terdiri dari peserta-peserta Raja Lawak tu lagi boleh buat orang pecah perut.. 



3 Kumpulan Terbaik Pilihan Kenshiro Minggu Pertama :-




Bawang Power





Aku rasa persembahan diorg nie paling best sekali.. walaupun berkisarkan akan sindiran yang pedas tak ingat tapi cara penyampaian bersahaja itu membuatkan orang gelak! Sobri akan memainkan peranan yang penting dalam kumpulan nie.



BoBoi






Kumpulan yang terdiri dari dua orang kuat industri seni tanah air.. sudah pasti menjadi perhatian bukan..?? akan tertapi persembahan pada minggu pertama yang lebih berkisah kepada persembahan memperkenalkan nama kumpul.. apa pun persembahan dia orang ada kelahinan walaupun boboi tu dah selalu dengar.. hahaha




SAEHU





Wakil dari Indonesia ini punya cara tersendiri.. mantap..!! kemas.. dan tersusun.. walaupun lawaknya kurang tapi cara penyampaianya membolehkan aku ulang sampai 3 kali..!






Orait..ini saja komen untuk minggu pertama....


Qalisha Ray.. Jual Muka ker Suara..??




Qalisha Ray.. nama sedap tapi tak popular lagi kan..?? ok munkin tak lama lagi dia bakal popular...



*Aksi terlampau di The Curve yang berjaya dirakam.. huh!



Penyanyi berasal dari Kelantan yang baru melancarkan mini album pertamanya berjudul Qalisha menganggap perjalanan seninya baru sahaja bermula. Malah dia sudah menyiapkan diri dari segala kontroversi atau gosip yang menjadi lumrah sebagai anak seni.



*anak didik Ajai...



"Saya buat keputusan untuk berada dalam industri ini kerana saya sudah sedia dari segi mental dan fizikal.
"Oleh itu setiap kali keluar dari rumah saya sudah mengingatkan diri sendiri agar tidak terdedah dengan perkara-perkara yang mengundang padah," katanya yang popular dengan lagu Satu Januari.
Dalam pada itu, Qalisha yang menganggap pertemuan dengan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza semasa penggambaran iklan Simply Siti sebagai satu pengalaman berharga.

Danica Camacho.. Manusia ke 7 Billion di Dunia..!!






Filipina menyambut seorang kelahiran bayi yang menjadi manusia ke 7 billion didunia!.. diam tak diam jumlah mansuia dalam plenet Bumi kini dah mencecah 7 billion.. satu angka yang bukan sikit..

Danica Camacho dilahirkan disebuah hospital kerajaan di Manila seberat 2.5 kilogram malam tadi.. ibunya Camille Dalura tak mempercayai yang bayi yang beliau lahirkan adalah manusia yang ke 7 Billion!


Hadir menyaksikan detik bersejarah itu adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun Lorrize Mae Guevarra yang menjadi manusia ke 6 Billion lahir didunia pada tahun 1999..

Manusia makin banyak.. kehidupan makin pesat.. kita bakal menghadapi masalah yang besar untuk terus hidup jika kita tidak bersedia menghadapi sebarang bencana dan masalah yang tidak diduga.. makanan.. tempat tinggal.. dan cara kehidupan kita untuk terus dewasa kini menjadi pekara pokok untuk terus hidup.. bukan pikir nak kawin dan tambah anak jerk.. hehehe...


Saturday, October 29, 2011

Gambar Banjir di Thailand



Lampiran khas gambar Banjir di Bangkok, Thailand.



























































































Doakan mereka...

NEWS : Bandaraya Bangkok Mula Tenggelam..!!





Ibu Negara Thailand, Bangkok dan sebelah wilayah sekitar kini mula ditenggelami air limpahan dari Utara negara itu. keadaan dikatakan makin kritikal dimana Muara Sungai Chao Phraya tidak dapat mengalirkan air ke laut.!





Bandaraya Bangkok yang sememangnya berada dikawasan yang paling rendah dan terdedah kepada banjir kali ini benar-benar menguji seluruh penduduk Bangkok. untuk tempoh 50 @ 100 tahun ini adalah banjir yang terburuk yang mereka alami.

Wilayah Thon Buri dijangka tenggelam dalam masa 3 hari ini. Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi yang menjadi Hub Penerbangan utama di Negara itu juga sudah mula dinaiki air. bantuan dari pihak Kerajaan Jepun mula mengambil alih kawasan Lapangan Terbang untuk siap sedia menghadapi sebarang masalah yang timbul.



Gambaran kawasan yang sudah di naiki air yang dikeluarkan oleh Kerajaan Thailand.



Berikut Gambaran Banjir di Thailand



Ikan dari limpahan Sungai Chao Phraya.. berbaloi-bloi..!!


Sampan mengambil alih laluan Jalanraya kini...


Kedudukan Bangkok yang 2-3 meter dari paras laut amat sukar untuk melihat air surut dalam tempoh terdekat ini.


Hanya benteng yang dapat menyelamatkan harta benda dari dimasuki air...


Lebuhraya dah nampak macam tasik...


Kalau kereta nie tenggelam.. mau menangis tuan dia...











Ibarat Tsunami...!!