Nuffnang Ads


Friday, October 7, 2011

Komen Disebalik Belanjawan 2012.. Pemerintahan Najib bakal berakhir..??

"Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara"






Itu adalah tajuk bajet untuk tahun depan.. sekali padang ia kelihatan terdesak untuk memikat hari rakyat.. dua kali baca dah boleh agak apa yang bakal terjadi. rumusan aku mengenai perbentangan bajet 2012.

Secara keseluruhan bajet kali ini menjurus kepada golongan tertentu dan sudah pasti kakitangan kerajaan yang bakal mendapat nikmat disebalik apa yang dibentangkan itu.. yang menangis tanpa bunyi adalah pekerja swasta yang hanya mendengar sahaja berita gembira itu tanpa menikmati kelebihan apa-apa pun!


Sekali pandang memperlihatkan kekuasaan dan keseronokan bekerja dengan kerajaan.. usia dilanjutkan menambah lagi keseronokan mereka yang sudah berjawatan tinggi. yang berada di peringkat bawah tumpang gembira dengan berita kenaikan gaji dan pemberian bonus setengah bulan gaji lagi.






Kenapa sektor swasta dianak tirikan..??



Sedia maklum kalau nak dibandingkan pekerja kerajaan dengan swasta sudah pasti undi pada pilihanraya akan memihak kepada undi pekerja swasta.. ini sudah jelas dapat dilihat pada polar undi pilihanraya lalu. adakah pilihanraya akan menyaksikan Perdana Menteri baru bagi Malaysia..?

Rakyat Malaysia munkin akan gembira dengan pemansuhan yurun sekolah rendah dan menengah yang selama ini menjadi kesusahan setiap kali naik persekolahan. tetapi apa gembirakah rakyat malaysia yang masih belum berkahwin dan mempunyai anak yang bekerja 12 jam sehari mencari rezeki..?


Pemberian bonus kepada pejuang negara dilihat sebagai membalas apa yang diperkatakan oleh naib president Pas tempo hari.. ini satu tamparan buat pasukan pembangkang untuk menegakan benang yang basah. akan tetapi yang akan menegakan benang yang basah itu sebenarnya  adalah rakyat.


Bercakap pula mengenai subsidi yang kerajaan tanggung terhadap barangan keperluan am seperti beras,minyak dan guna.. sebenarnya isu itu tidak perlu diceritakan didewan apatah lagi tiada penurunan atau penambahan sabsidi yang diberikan. malah rakyat boleh dapat harga yang sama malah lebih rendah sekarang nie.







 Jadi mari kita lihat dari pandangan politik dan rakyat semasa :-


* Kebanyakan kakitangan kerajaan yang berada dibawah secara banyaknya tidak suka dengan kerajaan yang ada.. terutama Guru~!

* Undian pada pilihanraya yang lepas memperlihatkan kerusi-kerusi di dalam bandar dimenangi oleh pembangkang.. secara halusnya kebanyakan yang duduk dibandar keje swasta!

* Keselesaan yang diberi pada mereka yang berusia memang tidak dapat dinafikan baiknya.. akan tetapi kelihatan kini lebih ramai orang-orang tua yang pergi mendengar cerama pembangkang dari pemuda yang merempit tanpa hiraukan keadaan politik semasa.!


*  Belia selalu dianggap pengundi diatas pagar.. dan dengan itu jugak lah terjadinya rampasan kuasa keatas negeri2 yang kini diduduki pembangkang.!


* Rakyat kini sudah matang dan boleh berfikir yang mana baik dan buruk.. akan tetapi jika rakyat hendak lihatkan akan perubahan yang lebih baik..maka baik mereka mulakan dengan yang buruk sebelum jadinya yang baik.








Segalanya sudah diucap cuma kita tunggu sahaja apa yang akan terjadi nanti.. buat Datuk Seri Najib sekalung tahniah diatas perbentangan belanjawan yang aku anggap sebagai memenuhi keperluan rakyat.. terutama permansuhan yurun persekolahan tu. :)


No comments: