Kalau korang masih punya akidah walaupun sedikit tak banyak diminta untuk hadir ke satu perhimpunan raksaksa ini pada 22 Oktober 2011 iaitu hari sabtu ini. Perhimpunan anjuran gabungan lebih dari 1000 NGO seluruh negara ini adalah untuk :-
- Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
- Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
- Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
- Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
- Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
- Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Untuk maklumat semua Perhimpunan ini telah mendapat permit dari Polis Diraja Malaysia.. amatlah dijemput hadir untuk mencapai sasaran sejuta umat ke Stadium Shah Alam nanti. pelbagai acara menarik menanti mereka yang kurang akidah hehehe..
No comments:
Post a Comment