Nuffnang Ads


Tuesday, November 1, 2011

Haji 2011 : Himpunan Jutaan Umat Islam Bermula..



Kota Suci umat islam Mekah sudah pun dipenuhi oleh jutaan umat islam yang datangnya dari seluruh dunia untuk melakukan ibadah haji untuk tahun ini. seperti tahun-tahun sebelum ini 28 ribu Rakyat Malaysia turut bersama umat islam dari negara lain kini berada di Tanah Suci untuk melakukan ibadah haji.

Tabung Haji yang memainkan peranan yang penting untuk menguruskan 28 ribu jemaah haji Malaysia siap sedia dalam apa jua cara bagi melancarkan perjalanan para haji dari Malaysia. bermula dari Komplek Tabung Haji Kelana Jaya sehinggalah jemaah kembali ketanah air.

Jumaat ini kesemua jemaah akan mula berangkat ke Padang Arafah untuk bermalam disana sebahagian dari rukun haji yang wajib dilaksanakan. para jemaah mempunyai 12 Jam sahaja untuk berkumpul di Arafah sebelum kuthbah khas haji dibacakan.

700 buah bas disedikan oleh pihak Tabung Haji untuk membawa para jemaah Malaysia ke Padang Arafah.






Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah antara jemaah jemputan dari Kerajaan Arab Saudi..






Datuk Seri Najib yang tiba kemarin..melakukan tawaf di Masjidil haram semalam...







Hari ini Putera Mahkota Arab Saudi akan melakukan pemeriksaan terakhir terhadap skuad keselamatan yang bakal berjaga keselamatan para jemaah pada musim haji kali ini. lebih 6 ribu anggota keselamatan dari semua segi siap sedia.






No comments: