Nuffnang Ads


Sunday, November 20, 2011

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia yang ke 24 (FFM24)








 



Aku tak berkesempatan untuk menyaksikan secara langsung Anugerah ini semalam akibat kesibukan menguruskan hal perkahwinan ku yang bakal tiba.. jadi aku coretkan sedikit apa yang aku perolehi dari rakan blogger yang lain hahaha... choi!!

Seperti dijangka Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan KL Gengster menjadi pilihan untuk membawa pulang banyak anugerah malam semalam.. akan tetapi kekalahan Yusri KRU untuk Pengarah terbaik ke tangan Syamsul Yusof sedikit sebanyak menjadi buah mulut orang seni.

Secara keseluruhanya Festival Filem kali ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu pembahagian pemenang sama rata!

1. Anugerah Box Office – KL Gangster
2. Anugerah Khas Juri Yang Pertama – Sidik Hussien
3. Anugerah Khas Juri Yang Kedua – Filem Libas
4. Anugerah Khas Juri Yang Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
5. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
6. Anugerah Pereka Kostum Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
7. Anugerah Penyunting Terbaik – KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri)
8. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff)
9. Anugerah Cerita Asal Terbaik – Filem Libas
10. Anugerah Lakon Layar Terbaik – KL Gangster
11. Anugerah Sinematografi Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
12. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
13. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Faezah Elai (Filem Cun)
14.  Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shofi Jikan (Filem KL Gangster)
15. Anugerah Pencapaian Gemilang – Michelle Yeoh
16. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Eja (Filem Janin)
17. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Kongsi)
18. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat  – Tan Sri Jins Shamsuddin
19. Anugerah Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof (KL Gangster)
20. Anugerah Filem Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa



Gambar..
Didie Alias dengan rambut ala son goku..!!

Fazura... Buah hati Tengku Mahkota Johor ini juga tidak kurang lawanya..
Liyana Jasmin ouhh ketiak ko basah nok!!!
Marsha dengan fesyen ketinggalan zamanya...


Neolofa yang sentiasa Chantek!!
Juliana Evans juga tidak mengecewakan...


Ikan duyung kesayangan ramai... dah macam tiang rumah baju ko nie..!!
Credit picture to : Ben Ashaari & Roti Kaya

No comments: