FAKTA #1 – Chef Riz mendakwa pernah bekerja sebagai Ketua Chef di’sebuah restoran paling popular di’dunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau berumur 22 tahun.
KANTOI #1 – Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan.
Namun, Chef Riz yang di’hubungi kembali untuk mendapatkan kenyataan menegaskan yang beliau pernah bertugas sebagai Ketua Chef di’sana selama setahun — Januari 2005 sehingga Disember 2005.
FAKTA #2 – Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert.
KANTOI #2 – Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan berkata mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti di’dakwa dalam profile MasterChef Malaysia.
Namun, anehnya kini, profilem Chef Riz telah berubah dan hanya menyebut beliau pernah menjadi pelatih di kedua dua buah restoran mewah tersebut.
* itu kontroversi dari ROtikaya yang dipetik dari The Malaysian Insider .
Apa pun Program Realiti Masakan Master Chef Malaysia kini telah mendapat perhatian penonton.. hampir setiap hari pasti akan ada orang bercerita mengenai rancangan itu.
Satu petanda yang baik untuk kaum perempuan mempelajari ilmu masakan dari pakar-pakar masak dari seluruh negara.
Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan.
Melihatkan akademi diorang sudah cukup menaikan kelas program ini.
Saksikan Master Chef setiap hari Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.
No comments:
Post a Comment