Nuffnang Ads


Wednesday, November 2, 2011

Waran tangkap.. Bob Lokman sedia ditahan...

http://blog.najahudin.com/wp-content/uploads/2011/02/bob-lokman-3.jpg


Bekas pelawak dan penulis lirik Bob Lokman menyatakan kesediaan dirinya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada bila-bila masa sahaja kerana berpendapat beliau berada dipihak yang benar ketika menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid bulan lalu.


JAIS minggu ini telah mendapatkan waran tangkap keatas Bob Lokman kerana beliau gagal hadir untuk memberi keterangan seperti mana yang diarahkan oleh Jais berhubung dengan ceramah yang beliau sampaikan di masjid sungai lui, hulu langat 10 oktober lalu.


Jais pada Selasa mengumumkan bahawa waran tangkap ke atas Bob Lokman telahpun dikeluarkan Jumaat lalu kerana gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan berhubung ceramahnya tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.

Bob kini sedang disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.






*Tak der pasal cari masalah.. nie lah dia...


No comments: