Nuffnang Ads


Sunday, December 11, 2011

15 Muharam.. Penjaga Kaabah hadir...


 
 

Asalnya tugasan menjaga kunci Kaabah dianugerahkan kepada Tasm, salah satu suku kabilah Aad yang wujud sebelum kaum Arab Quraisy. Lalu tugasan ini diberikan kepada Khuzaah, kemudian kepada Qusai bin Kilab, lalu diberikan kepada anak lelakinya Abd-al-Dar bin Qusai, yang terus memeliharanya hinggalah akhirnya diserahkan kepada anak lelakinya Othman. Pemeliharaan kunci Kaabah berterusan turun-temurun hingga akhirnya kepada Syaibah bin Hashim (Abdul Muttalib). Pemeliharaan kunci berterusan turun temurun dari Syaibah hinggalah kepada keturunannya yang wujud pada hari ini.

Dipercayai perpindahan penjagaan kunci Kaabah dari Bani Hashim kepada Bani Syaibah adalah suatu bentuk peralihan kuasa yang ditentukan oleh Allah SWT. Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah peralihan kuasa penjagaan kunci Kaabah dan penguasaan Makkah adalah dibawah Bani Syaibah.

Namun apabila orang Islam kembali ke Makkah pada tahun ke-7 Hijrah dalam peristiwa Pembukaan Kota Mekah, Nabi Muhammad telah menghantar Saidina Ali bin Abi Talib untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Saidina Ali telah pergi menemui Bani Syaibah dan merampas kunci tersebut. Bani Syaibah telah menyerahkan kunci Kaabah tersebut kepada Saidina Ali tetapi suatu peristiwa telah berlaku, apabila pintu Kaabah hendak dibuka, kunci itu tidak berfungsi bagi membuka pintu Kaabah. Lantas, Malaikat Jibril a.s telah menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dari Allah berupa ayat Al-Quran dengan tujuan teguran Allah kepada Nabi Muhammad, Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’ ayat 58 bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Lantaran itu Nabi Muhammad telah memulangkan kembali kunci Kaabah itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Atas pemberian kunci itu kembali kepada mereka, Bani Syaibah mengganggap Muhammad tentu seorang Nabi. Mereka beranggapan jika Muhammad bukan Nabi pasti dia seorang yang gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Namun hanya seorang yang berfikiran rasional dan jujur serta ikhlas sahaja yang akan memulangkan kunci Kaabah itu kepada empunya hak menjaganya. Atas dasar kejujuran dan keikhlasan ini membuatkan ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.


Atas perintah Allah, Nabi Muhammad , Rasulullah, telah menganugerahkan wasiat penjagaan kunci Kaabah kepada Bani Syaibah pada tahun dimana kisah Pembukaan Kota Mekah terjadi.


Fakta menarik tentang penjaga kunci Baitullah :

* Tugas menjaga kunci Baitullah ni diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak.Maksudnya faktor usia memainkan peranan penting dalam mewarisi tugas ni.

* Baitullah dicuci dua kali setahun iaitu pada pertengahan Syaaban dan pertengahan Zulqaedah, menggunakan air zamzam yang dicampur dengan air mawar bersama haruman Oud.
 
 
Berikut adalah gambar semasa hari lawatan penjaga kaabah.
Lawatan rombongan penjaga kunci kaabah diberi kawalan yang ketat..
 

Para jemaah yang berada disekitar kaabah tidak dibenarkan berada berhampiran kaabah semasa kehadiran penjaga kaabah.


Special Thanks to : Hj Mohd Arshad, Makkah, Makkah, Saudi Arabia

No comments: