Nuffnang Ads


Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu.. Gile best.. Betul ker..??





Buat kaki panggung filem melayu sudah pasti malam ini korang sedang layan cerita sedih katanya yang keluar menemui penonton malam ini.. Ombak Rindu filem adaptasi Novel terbaru yang menerjah panggung hari ini. hasil kerja bekas pengarah Lagenda Budak Setan ini dikatakan bakal menjadi antara filem yang paling berjaya untuk tahun 2011 ini.


Secara keseluruhanya melalui risikan yang aku lakukan hampir kesemua panggung wayang yang menayangkan filem ini hari nie Full House!! OMgoddd... dan komen mereka yang sudah menonton filem ini juga bersungguh-sungguh cakap yang filem ini sedih dan harus ditonton oleh semua orang.. haih.. 

Aku kurang sikit tengok cerite sedih-sedih nie.. akan tetapi si makwe bersungguh jugak ajak tengok.. jadi melihatkan komen orang yang dah menonton dan ajakan si awek.. kalau ada kelapangan masa terluang, kena jugak pergi tengok nie.





Gala Nite Ombak Rindu diadakan malam semalam di Pavillion..




Sinopsis Movie "Ombak Rindu"


Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
 
 
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
 
 
 
 

OFFICIAL TRAILER

 
 
 
 
 
 
 
Dibintangi 2 pelakon yang sudah cukup untuk membuatkan penonton datang ke panggung..
Turut dibintangi kenshiro.. eh silap.. Aaron aziz.. babak aron nangis tu menyebabkan perempuan yg menonton pun menangis..?? oh!..


Apa Komen Rakyat Malaysia tentang Filem nie..??



 
sepatutnya bagi ZULHUZAIMY dan AYU RAUDHAH yang blakon filem nie, bagi aku zul seorg yang kreatif blakon watak dalam novel, dan ayu plak mmg kelembutanya mampu mmbawa watak sehigga tsentuh jiwa..jika tak percaya korg boleh search drama "KAU LAKSANA BULAN" compen xtdo punye..
Amna Ana 
5star!!!!TErbaekkkkkkkkkk!!!...plg xleh lupa tadi ade kakak 2 siap bwk baby masuk panggung...kecoh panggung sat baby 2 nanges...hahaha..kredit utk Maya karin ssb wtk Izzah menjadi...^.^ xlupe Abg Long AAron Aziz..^.^ Gud Job..
Aidil Adrie 
mmg best cita nieh ! 5 bintang laaa..mmg rugi xtgk lagi :)
baru sudah menonton ombak rindu di gsc times square jam 1910..memang penug tempat duduk...sedih apabila tgk hariz nagis...ada part yg ad dlm novel dipotong, mybe mse tayangan singkat..tapi xla sedih sangat mcm dlm cerita. Sepatutnye izzah dan hariz dok apartment, bkn rumah mcm tu..huhu..overall ok..;)
Risma Idayu Mohd Nazri 
Tiket wayang 0R kat pavillion sold out taw, dapat pun tiket mid nite, tu pun seat x best, x pe la, jnji dpt tgk kan ;)
~OMBAK RINDU sgt2 best.. MMg dah di jangka crita ni Leh buat ramai org mengaLirkan air mata, thanx t0 aLL crew yg bjaya mainkan em0si pn0nt0n, kpd aBg yg agak kachak memakai tshirt p0L0 kt dLm pangGung td, "kuarkan jeLaa air mata tu! Xpyh tahan2" hahaha mgGu dpan nk tgk Lg.. Xpuas.. Trima kasih yg xthingga ye suma.. H0pe dpt jmpe dgn para peLak0n oMbak rindu.. KeEp it up!! ♥
 
* Tak der tiket free kew..?? 

2 comments:

Nalisa Syahira said...

ramai gila ckp cerita ni best ,

rozaini said...

giler x best~~~~~~~