Nuffnang Ads

Wednesday, December 21, 2011

Selamat Hari Jadi Y.Bhg Tun Dr' Mahathir Mohamad




Genap 86 tahun usia bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4 Tun Dr' Mahathir Mohamad semalam.. seorang negarawan yang kita harus bangga kerana beliau masih bernyawa. apa yang telah beliau lakukan semasa mentadbir Malaysia sesuatu yang luar biasa.

Malaysia yang dahulunya antara Negara Selekeh kini sudah boleh berbangga dengan apa yang dilakukan oleh beliau.. satu demi satu yang beliau lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang harus dihormati oleh negara lain.

Mentadbir kerajaan dibawah 6 orang Yang Dipertuan Agong selama lebih 20 tahun menjadikan beliau antara pemimpin yang paling lama dan paling berjaya membangunkan negara dikalangan pemimpin-pemimpin lain didunia.

Berkelulusan Doktor Pembedahan sama sekali tidak menunjukan yang beliau bukan hanya seorang doktor di bilik pembedahan. keazaman dan kesungguhan beliau membina dan memajukan Malaysia sangat membanggakan sekali.


Jika dilihat dari apa yang telah dilakukan dan dicapai ketika pemerintahanya usah disenaraikan.. sememangnya banyak.. kita munkin susah untuk mendapat negarawan seperti beliau lagi selepas ini. idealogi dan pemikiran beliau terhadap rakyat dan negara sungguh tinggi sehingga kadang-kadang kita sendiri tidak boleh menerimanya.

Beliau sememangnya kebanggaan Malaysia. seperti mana orang kenali Malaysia dengan KLCC seperti itu juga nama beliau dikenang sehingga hari ini.

Selamat Hari Jadi ke 86 Y.Bhg Tun Dr' Mahathir Mohamad!!!


Mari kita Imbas apa yang dilakukan oleh Tun kepada Malaysia :-



1983 - Beliau melancarkan projek kereta Nasional pertama negara "Proton". hingga hari ini jenama Proton sudah mula dikenali diseluruh dunia sebaris dengan jenama hebat lain. 



1997 - Menara Berkembar Petronas @ KLCC yang menjadi perhatian dunia hari ini adalah ilham Tun M untuk menarik perhatian dunia untuk lebih mengenali Malaysia. sehingga kini KLCC menjadi sebuah pusat perlancongan wajib buat orang luar yang datang ke Malaysia. dan sehingga kini jugalah KLCC menjadi Menara Berkembar tertinggi dan tercantik didunia.




Litar Antarabangsa Sepang - Pada mula rancangan pembinaanya Rakyat sangat marah akan projek yang dikatakan bakal menjadi Projek Gajah Putih ini. akan tetapi sehingga kini Litar ini sudah dikenali diseluruh dunia dan menjadi antara Litar Perlumbaan terbaik didunia. kini ia bukan lagi satu projek gajah putih akan tetapi menjadi satu daya tarikan pelancong permotoran seluruh dunia yang memberi pulangan yang sungguh lumayan setiap tahun.



KLIA - Lapangan terbang utama Negara dirasmikan pada tahun 1998 menjadi pintu masuk utama pelancong dari seluruh dunia ke Malaysia, mengantikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, Kini KLIA menjadi salah sebuah Lapangan Terbang terbaik didunia yang mampu menampung 26 juta penumpang setahun!



Komplek Sukan Bukit Jalil - Dibina khusus untuk menganjurkan Sukan Komanwel ke-16 pada tahun 1998 terdiri dari Stadium Nasional yang mampu memuatkan 100 ribu penonton / antara stadium terbesar didunia, Stadium Hoki yang mampu memuatkan lebih 10 ribu penonton, Stadium Putra yang merupakan stadium tertutup terbesar dinegara ini. kita harus berbangga kerana Komplek Sukan ini sungguh lengkap dan tidak semua negara mampu wujudkan komplek sukan sebegini.





Putrajaya - Pusat Pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia, Projek ilham Tun M yang paling banyak guna duit setakat ini, akan tetapi pembinaanya boleh dianggap berbaloi ketika ini, dari tanah kelapa sawit kini Putrajaya menjadi antara lokasi termahal di Malaysia, selain itu Putrajaya merupakan satu-satunya Pusat Pemerintahan Bersepadu dan Tersusun yang ada didunia ini.



Antara Pencapaian Lain :-

* Beliau pernah tersenarai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia.
* Kejayaan beliau mengeluarkan Malaysia dari krisis ekonomi 1997 sangat membanggakan dan sehingga kini kejayaan beliau itu masih lagi diperkatakan.
* Mengapungkan nilai Ringgit dipasaran global telah menjadikan nilai Matawang Malaysia berada pada paras terbaik dan membanggakan.. usaha beliau itu mendapat pujian Pengurus Besar Bank Dunia, sehingga kini Nilai Ringgi antara yang tertinggi di Asia dan menjadi yg kedua tertinggi selepas Dollar Singapura di rantau Asean.



Kalau nak diceritakan akan apa yang dilakukan oleh Tun M memang sampai besok pun tak habis.. sememangnya beliau seorang Negarawan Asli yang harus kita semua banggakan.









Beliau Selalu ingatkan Rakyat supaya tidak mudah lupa..




Selamat Hari Jadi ke 86... Y.Bhg Tun Dr' Mahathir Mohamad


2 comments:

Izzat Aziz said...

moga ada lagi pemimpin yang visionary amcam dia.. dan lebih baik dari dia.

rozaini said...

I LOVE U CHEDET