Nuffnang Ads


Tuesday, January 10, 2012

Bila batu jalan disangka Emas 916.. Ape pun boleh!!




Agak terkejut beruk gak la pasal aktiviti di sebatang jalan di Johor dimana ramai-ramai mendulang lopak jalanraya terbabit mencari emas.. sejak disebarkan oleh media massa pertambahan pendulang untuk mencari emas makin bertambah.

Permulaan kisah kewujudan emas ini berpunca daripada tindakan seorang penduduk setempat yang mengambil batu di jalan terbabit untuk diletakan didalam akuarium rumanya. apabila beliau melihat batu yang dikutip tadi dari dalam air kelihatan ia seperti seketul emas padu yang nampak asli pendek kata emas 916 lah!

Seorang tukang emas, Eric Wong, 55, berkata, tiga orang telah berkunjung ke kedainya sejak beberapa hari lalu dan mahu menjual apa yang mereka dakwa sebagai emas. 

"Tetapi saya dapati, ia bukanlah emas tulin dan tidak mempunyai apa-apa nilai komersial," kata Eric.

Pengarah Jabatan Geosains dan Mineral Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, apa yang ditemui di Jalan Mewah itu hanyalah sebahagian daripada batu granit yang mengandungi bahan mineral "pyrite" atau besi sulfit.

"Batu-batu ini juga dikenali sebagai emas palsu kerana warnanya yang berkilau keemas-emasan dan ramai yang tidak ada pengetahuan mengenai bahan mineral akan menyangka apa yang mereka temui itu sebagai emas," kata beliau.







So.. kepada ibu-ibu bapak-bapak yang masih tekun mendulang tu udah2 la.. buang masa jer..

1 comment:

Unknown said...

kalau betul2 emas...pakcik kayo la jawabnyaa....hehehe


#Bro pinjam gambar boleh ehh...ambik dulu ni bru mintak