Nuffnang Ads


Friday, January 20, 2012

Kalau benar Hang Tuah wujud.. buktikan!!



Kembalinya isu sejarah kewujudan Hang Tuah, pahlawan yang cukup senonim dengan Negeri Melaka.. sehingga kini Melaka popular sebagai negeri yang penuh sejarah kesultanan melayunya.. akan tetapi itu hanyalah tinggal sejarah dan sehingga kini sultan pun tak der dah kat Malaka.

Apa benar Hang Tuah itu wujud..?? atau itu sekadar mitos masyarakat setempat yang dibawa dari mulut ke mulut hingga kini..?? seperti kisah Puteri Gunung Ledang juga apa benar ia wujud..? sejauh mana bukti yang ada untuk mengukuhkan cerita silam ini..?



Ahli akademik terbilang Prof Tan Sri Khoo Kay Kim mengatakan bahawa Hang Tuah tidak wujud dan hanya sekadar mitos kenyataan beliau menimbulkan keraguan mengenai mata pelajaran sejarah yang diajar di sekolah pada ketika ini.






Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman pula berkata Hang Tuah itu wujud berdasarkan bukti arkeologi dan yakin Nama Hang itu wujud dan berasal dari Padang Lawas Sumatera, Indonesia akan tetapi beliau tidak mempercayai akan 4 lagi Hang yang sering diperkatakan iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.







Melalui bukti makam yang masih wujud yang dikatakan milik Hang Tuah akan tetapi tiada bukti kukuh yang menyatakan yang itu makam milik Hang Tuah disebabkan makam itu tiada tanda nama atau pengenalan yang boleh dikaitkan dengan Hang Tuah.

Kerajaan perlu menjalankan kajian khusus mengenai ini, jika tidak kita akan hidup dengan penuh misteri dengan kisah pahlawan kesultan melayu ini.







Puteri Hang Li Po pula macam mana..?? ahh pening!!

No comments: