Nuffnang Ads


Monday, January 9, 2012

Kisah disebalik 2 orang Doktor Gigi





Ini adalah kisah kehidupan 2 orang Doktor Gigi di Malaysia, perjalanan kedua-dua orang Doktor ini jauh bezanya hanya bakat dan title Doktor saja yang sama, seorang lelaki dan seorang wanita, seorang masuk politik dan seorang masuk program realiti.




Dr Ezani Farhana Md Monoto, 26 yang berasal dari Kajang telah dinobat sebagai pemenang Program Realiti Masakan Astro iaitu MasterChef Malaysia yang pertama, Memasuki program realiti masakan sebagai salah seorang peserta yang paling pendiam dan tidak punya ramai kawan akhirnya beliau telah membuktikan yang diam-diam ubi itu berhasil!

Mengalahkan Wahidan Hj Ag Supain peserta dari Sabah yang selama ini memberi saingan yang hebat setiap minggu, kejayaan Dr Ezani membolehkan beliau membawa pulang RM 100 ribu ringgit sebagai pemenang selain dapat menghasilkan sebuah buku resepi hasil tangan beliau sendiri.





Dr Mohamad Khir Toyo - Doktor gigi yang berasal dari Sungai Panjang, Sabak Bernam diangkat menjadi Menteri Besar Selangor selepas Mantan Datuk Seri Hassan Omar meninggalkan kerusi Menteri Besar Selangor. Diusia yang muda didalam politik beliau menjadi Menteri Besar termuda di Selangor.

2 penggal pemerintahanya di Selangor menyaksikan pelbagai cerita baik buruk yang sampai ke telinga rakyat dan akhirnya Dr Khir terpaksa meninggalkan Bangunan SUK setelah Pakatan Rakyat berjaya menakluki Kerajaan Negeri Selangor pada Pilihanraya 2008, dan penghujung tahun lepas beliau didapati bersalah di Mahkamah kerana mengambil kesempatan semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dengan membeli Lot Tanah dan banglo di Shah Alam.


* Dunia tidak menjanjikan kemewahan itu kekal.. dan Rezeki yang halal itu datangnya dari Allah..


No comments: