Nuffnang Ads


Friday, January 27, 2012

(penakut / sedetik lebih) Juara Lagu 26..??



Debaran lagu manakah yang bakal menjadi Juara Lagu ke 26 sudah sampai kemuncaknya.. kurang 48 jam lagi Siaran Langsung Anugerah yang paling diidamnkan oleh setiap penyanyi di Malaysia akan bermula, sekali lagi Stadium Putra, Bukit Jalil akan menjadi saksi kepada kelibat 12 buah lagu yang akan bertarung untuk menjadi Juara Lagu.


Juara Lagu dipilih bedasarkan kekuatan lirik dan susunan setiap baris ayat pada lagu, muzik dan rentak.. jika lagu itu popular dan dimainkan di radio selang 5 minit sekali pun kalau lirik tah apa-apa pun tak guna juga.. jadi Juara Lagu satu anugerah yang sangat tinggi nilainya.. dan juri yang dilantik sudah tentu dari mereka yang berpengalaman dari bidang ini.






Berikut Lagu yang bertanding ahad nie :-


1.Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)9
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)


Kalau dilihat pada senarai diatas kesemuanya sedap-sedap belaka.. dan pilihan aku..

Sedetik Lebih nyanyi Anuar Zain menjadi pilihan aku untuk menjadi juara sekali gus mengangkat nama Anuar Zain menjadi salah seorang juara setelah sekian lama dalam industri muzik negara, kekuatan lagu ini terletak pada lirik dan kisah yang cuba disampaikan. tidak mustahil Lagu Terbaik AIM 2011 ini akan menjadi Juara Lagu ke 26 nanti.


Beribu Sesalan gabungan 3 suara hebat Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah dilihat menjadi cabaran kuat kepada lagu Sedetik Lebih.


Karma nyanyian Faizal tahir juga tidak harus diperkecilkan kerana penyanyi ini hanya membawakan lagu-lagu yang bermutu sahaja, akan tetapi jika tidak menjadi Juara sekali pun aku pilih Faizal Tahir menang persembahan terbaik tahun nie.. dia memang kreatif gilewQ!


Akan tetapi ada yang memilih Yuna dengan lagu penakut menjadi Juara.. huh!! susah nya nak pilih.. apa tah lagi yang jadi juri...
  

















See you soon...


No comments: