Nuffnang Ads


Sunday, January 8, 2012

Perhimpunan 901.. Realiti dan Fantasi..



Hari ini 9 Januari 2012 menjadi hari bermakna buat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetahui nasibnya dalam perbicaraan kes liwat yang beliau hadapi, setelah hampir 60 kali kes ditangguhkan maka hari ini segala keputusan akan terjawab di Komplek Mahkamah Persekutuan Jalan Duta.

Bermain-main di dalam kepala ini apa yang akan terjadi setelah hakim selesai melakukan hujah nanti.. apa akan ada perubahan besar dalam arena politik negara atau ianya akan berlalu seperti biasa tanpa ada apa-apa yang buruk.. semuanya akan terjawap hari ini.

Parti Keadilan Rakyat telah diberi permit untuk mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta mahkamah hari ini walaupun menerima lebih 1000 laporan polis yang membantah akan perhimpunan itu dijalankan. dijangkakan lebih 30 ribu penyokong tegar Anwar Ibrahim akan berhimpun di Komplek Mahkamah hari ini.


Ketua Polis Kuala Lumpur meluluskan permohonan perhimpunan..



Untuk mengelakan sebarang tidakan yang tidak diingini berlaku pihak PDRM telah mengenakan syarat yang harus dipatuhi oleh pihak penganjur dalam mengadakan perhimpunan hari ini.


Syarat yang dikenakan oleh PDRM kepada penganjur perhimpunan.


Difahamkan lebih seribu anggota polis pelbagai pangkat akan dikerah untuk berjaga sepanjang hari ini untuk mengawal keadaan sekitar komplek mahkamah dan jalanraya menuju ke sana.


Persiapan terakhir anggota polis..


Kepada mereka yang akan menyertai perhimpunan ini diminta agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh memburukan nama negara dimata dunia. kita punya adap dan cukup tunjuk ajar dari kecil untuk kita tunjukan kepada orang ramai.. jangan lakukan tindakan seperti merosakan harta benda awam atau pun menganggu ketenteraman awam.

Pihak polis mempunyai kuasa untuk menangkap dan mendakwa anda kalau anda sudah cukup tabah melakukan pekara-pekara yang dilarang itu.


Menurut peruntukan seksyen 353 Kanun Keseksaan: 

Sesiapa yang menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang penjawat awam semasa menjalankan kewajipannya, atau dengan niat hendak menahan atau menakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan kewajipannya adalah satu kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya.


Malam tadi Anwar menyampaikan ceramah terakhirnya sebelum keputusan mahkamah diumumkan hari ini di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, lebih 5 ribu orang hadir bagi memberi sokongan kepada ketua pembangkang itu.

Dalam ucapanya beliau sedia menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh hakim hari ini akan tetapi ahli keluarganya amat risau jika beliau dipenjarakan dan dipukul seperti yang beliau alami ketika didalam penjara dahulu berulang.. akan tetapi Anwar percaya perkara berikut tidak akan berulang kali ke dua.



* Laporan penuh perhimpunan 901 akan menyusul malam nanti.



No comments: