Nuffnang Ads


Thursday, January 26, 2012

Sejauh mana tahap keselamatan Perdana Menteri Malaysia..??




Kita munkin disajikan dengan berita mengenai ancaman untuk meletupkan helikopter atau pun meracuni makanan pemimpin kita di luar sana.. tapi yang jarang kita lihat atau ambil tahu akan tahap keselamatan yang diberikan kepada mereka yang dianggap sebagai orang penting atau ketua kerajaan.






Kalau dilihat pada peristiwa yang pernah terjadi pada President Amerika John F Kennedy yang ditembak oleh rakyat Amerika sendiri ketika berada didalam kereta sungguh menjadi ingatan sehingga sekarang, Bekas President Pakistan Benazir Bhutto turut menerima nasib yang sama apabila kenderaan yang beliau naiki di bom oleh rakyatnya sendiri.


 Gambar terakhir Benazir Bhutto sebelum kenderaan yang dinaikinya meletup...


Apa pun untuk mengelakan kejadian-kejadian seperti itu terjadi sudah pasti tahap keselamatan pemimpin tertinggi ini diberikan pada tahap yang tertinggi sehingga kita tidak mampu untuk merancang sesuatu untuk meloloskan diri mendampingi mereka ini.





President Amerika Syarikat - Sehingga kini jawatan ini menjadi kawalan paling ketat didunia..dari segi makanan sehingga ke ahli keluarga saudara mara terdekat akan dikawal pada tahap yang tertinggi. untuk President Amerika melakukan lawatan ke sesebuah negara pihak FBI akan merisik sebulan lebih awal terlebih dahulu akan tempat yang akan dilawati oleh President. dan ada ketika President akan datang dengan sejumlah angkatan perang yang ramai.

Perdana Menteri Malaysia - Tugas mengawal keselamatan Perdana Menteri Malaysia selalunya diberikan kepada Unit Tindakan Khas PDRM, Skuad khas yang diwujudkan bagi perisikan dan mengawal orang-orang kenamaan di Negara kita ini, mereka ini dibahagikan kepada dua kumpulan yang sukar dikesan yang akan sentiasa mengawal Perdana Menteri tak kala sewaktu Perdana Menteri sedang tidur sekali pun.



Gambar dibawah kejadian yang menimpa Perdana Menteri Australia ketika sambutan Hari Australia semalam. sekumpulan puak orang asli negara terbabit melancarkan protes terhadap Perdana Menteri  Julia Gillard sehingga memaksa anggota keselamatan Perdana Menteri mengheret Perdana Menteri sampai ke Kereta. huh!










Ingat senang ke nak jadi Pemimpin..??

No comments: