Nuffnang Ads

Tuesday, February 28, 2012

Apple iPad 3 kemunculan yang ditunggu-tunggu..?




 Gambaran iPad 3 tak banyak beza pon!


Apple inc. Telah menghantar jemputan tetamu dari seluruh dunia bagi menghadiri satu perasmian model baru mereka 7 Mac nanti.. sudah pasti didalam senarai model yang akan keluar dan sedang kecoh diperkatakan ialah Ipad 3, apa pun pihak Apple masih merahsiakan identiti produk baru yang bakal mereka keluarkan nanti ini.

Akan tetapi naluri peminat gadjet seluruh dunia sudah dapat hidu akan Ipad 3 akan dilancarkan.. dah siap kaji dah apa perubahan yang bakal disediakan pada benda alah baru nie nanti.. Ipad 3 dikatakan tidak banyak bezanya dengan Ipad 2 cuma ada beberapa benda yang munkin di naik taraf untuk keperluan manusia hari ini.






Berikut adalah khabar angin mengenai Ipad 3 yang bakal dilancarkan.


Resolusi skrin dipertingkat

Resolusi 536 piksel - asasnya dua kali ganda resolusi iPad yang sedia ada. Hasilnya akan menjadi realisme yang lebih baik untuk permainan, video, gambar, dan e-buku.
Kamera yang lebih baik

Dengan pelancaran iPhone 4S hari itu menampakan Apple menitik beratkan ciri-ciri kamera yang berkualiti untuk pengguna.. hal ini juga bakal terjadi pada Ipad 3 dan dijangka lebih hebat dengan imej HD.



Pemprosesan Lebih Pantas

iPad 2 dan iPhone 4s sudah memiliki A5 ciri Apple. Jadi, apa perisian yang bakal dimiliki oleh Ipad 3..?? adakah A6, sudah tentu. Grafik yang lebih baik, kelajuan, dan kecekapan adalah faedah yang dijangka A6.
Itu sebahagian yang dapat aku kongsikan.. apa pun kita tunggu jerk lah kemunculan Ipad 3 nie dipasaran Malaysia tak lama lagi.. jangan dok bising dengar khabar angin macam iPhone 5 hari tu dah tu last2 yang keluar iPhone 4S.. hahahaa..


* Fakta : Apple dah menjual 55 Juta Ipad di seluruh dunia dengan hasil USD 35 Billion!!




iPad 3 Quad-Core Processor





No comments: