Nuffnang Ads


Wednesday, February 22, 2012

Bantuan Rakyat Malaysia Diperlukan untuk Faris Nur Daniel



Munkin ramai yang sudah tahu akan kisah adik Faris Nur Daniel 6 tahun ini.


"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar ayah kepada Faris.






Faris telah berada Sime Darby Medical Center selama 22 hari dan bil hospital dilaporkan hampir mencecah RM100,000.


Sebelum ini terdapat sebilangan komen berbentuk lancang, menggesa Faris dipindahkan ke hospital kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kos rawatan.

"Memang kalau boleh saya hendak memindahkan Faris ke hospital kerajaan, saya tidak menafikan kepakaran doktor di sana (hospital kerajaan). Tetapi dalam keadaan sekarang, doktor sendiri tidak berani mengambil risiko. Pagi tadi, udara memasuki tubuh Faris hanya kira-kira 28% sahaja dan anak saya masih bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk pernfasan," terang anak kelahiran Pulau Pinang itu.



"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya. 

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka. 

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 atau  1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail).

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.

Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.

Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.







SILA HEBAHKAN

Credit to Mazidul Akmal Sidik 

 

No comments: