Nuffnang Ads

Thursday, April 19, 2012

Realiti hidup sebagai Bob Kuman..

 
 
 

Sedia maklum akan berita yang menimpa pelawak terkenal Bob Kuman yang kini terlantar dirumah dan terpaksa bergantung dengan mesin oksigen untuk meneruskan kehidupan seharian beliau, semenjak kisah Bob Kuman ini disiarkan di blog Mazidul Akmal Sidik ramai yang bersimpati dengan apa yang dialami oleh Bob.

Hari demi hari kini sumbangan dan bantuan datang mencurah-curah kepadanya.. sehingga timbul pula cerita yang bukan-bukan.. apa nak jadi la rakyat Malaysia nie.. 



 
 


Ada yang cakap dia gemok.. tak jaga makan.. ada yang cakap time senang tak nak ingat susah lah.. macam -macam lagi komen yang aku dengar.. puak-puak yang jual insuran peribadi pon boleh tahan gediknya mengambil kesempatan peluang yang ada untuk mencari pelanggan.

Kita nie hidup dalam dunia yang bulat dan berpusing.. besok lusa benda tu jadi kat diri sendiri macam mane..??


President PAS menyampaikan sumbangan ketika berkunjung melawat Bob..

 

Sama-samalah kita beringat dan semaikan sedar diri antara kita..


* Buat Bob aku doakan semoga cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan dalam menghadapi kehidupan yang mendatang..


No comments: