Nuffnang Ads

Friday, June 29, 2012

Al-Fatihah buat Allahyarham Osman Kering.. Datuk Aziz Satar kian pulih..



Semalam dunia seni tanah air bersedih diatas pemergian seorang pelawak yang cukup legend di tanah air.. dikenali dengan Osman kering beliau banyak kali dengan watak2 komedi di dalam drama.

Anak ketiga pelakon dan pelawak Allahyarham Osman Kering iaitu Nor Ain berkata dia sekeluarga berasa lega apabila hasrat terakhir Allahyarham untuk meninggal dunia di pangkuan isterinya Che Norhayati Che Omar, 48, termakbul.

Allahyarham atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.



Menurut Nor Ain, 25, dia sekeluarga menerima berita kematian itu dengan reda dan tenang kerana sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sejak bapanya koma selepas mengalami batuk berdarah di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dekat sini.


 Dalam pada itu Pelakon Veteran Datuk Aziz Satar yang dimasukan ke Hospital selepas dikatakan diserang sakit jantung kini kian pulih, berita kemasukan pelakon ini ke hospital mengejutkan dunia seni tanah air minggu ini.. beliau yang dikenali dengan lakonan hebat bersama arwahyarham Tan Sri P. Ramlee dilihat sebagai pelakon yang tiada gantinya..



 Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim yang menziarah Datuk Aziz semalam.. sebelum ini timbul pergolakan antara keluarga Datuk Aziz dengan President Seniman dalam beberapa pekara yang melibatkan syarat yang diletakan oleh keluarga Datuk Aziz dengan Zed Zaidi

 

No comments: