Sejarah Penubuhan PPEOC pada mulanya saudara Muhammad Amzari buka kelab persona elegance di facebook dan pada masa yang sama Fakri Muniri
buka official website ppeoc, mmg xde niat langsung utk sampai ke tahap
pertubuhan berdaftar. niat utama lebih kpd lepak santai2.
sbb tau satu
hari nanti komitmen dan mungkin minat kite ni akan berubah ke arah lain.
tp dr masa ke semasa, dgn pertambahan ahli yg ramai & faktor2 lain,
pertubuhan berdaftar tu menjadi satu keperluan bg kita. tp dlm masa yg
sama, komitmen masih lg tertumpu pada kerja mencari rezeki.
Sehingga kini PPEOC terus mendapat kepercayaan pemilik-pemilik Proton Persona di Malaysia 2 tahun kewujudanya di Malaysia kini PPEOC boleh berbangga dengan lebih 1700 ahli berdaftar kini, kecermelangan ini tidak datang dengan mudah dimana banyak dugaan yang telah dilalui.. untuk mengekalkan perpaduan dalam erti kata menjadi satu keluarga besar yang erat ia memerlukan satu pengorbanan.
Jasa mereka-mereka yang pada mulanya membangunkan dan mendirikan tapak yang cukup kukuh dan sehingga kini PPEOC menjadi antara Kelab Kereta yang paling aktif di Malaysia, hasil dari kesepakatan antara ahli wujudnya pelbagai program yang tidak henti-henti untuk setiap ahlinya sertai.
Family Day
Futsal
Konvoi Amal
Sunday Morning Drive
Jadi jika anda merupakan seorang pemilik Proton Persona Jom sertai kami!!!
SOALAN & PERSOALAN
PPEOC MALAYSIA..??
Proton Persona Elegance Owner Club Malaysia
MACAM MANA NAK DAFTAR..??
Pendaftaran hanya dibuat ketika adanya TT atau event2 yang dihadiri oleh AL atau SL setiap kawasan.
DENGAN SIAPA NAK AMBIL BORANG..??
Borang hanya boleh didapati dengan Ahli Majlis Tertinggi Kelab,
President, Tim. President, Setiausaha, Bendahari, HOR, SL, AL kelab
sahaja
BERAPA KENA BAYAR..??
Pendaftaran RM 20 Sahaja / Yuran Tahunan RM 10 Sahaja
DAPAT APA DENGAN RM 20 RINGGIT..??
RM10 adalah kos untuk Sticker Roadtax dan Sticker "PPEOC Registered Member" - Resit diberi percuma siap tandatangan lagi.
RM10 lagi akan dimasukkan ke tabung PPEOC
BERAPA LAMA PROSES..??
Proses bergantung kepada kerajinan AL, SL yang bertugas. Apapun AL
dan SL akan menerima Borang Keahlian yang lengkap sahaja beserta dengan
Wang Pendaftaran baru lah Borang akan di Proses.
Maklumat diborang akan ditapis dan diproses kembali ke dalam system
data keahlian, maklumat ini akan dibawa ke President untuk tindakan
akhir iaitu Kelulusan dan Pengeluaran No. Ahli.
Sticker Roadtax dan Sticker "PPEOC Registered Member" akan diberi beserta dengan Resit apabila Permohonan Keahlian anda berjaya.
DUIT PENDAFTARAN PERGI MANA NANTI..??
Duit Pendaftaran dan Yuran Tahunan yang dikenakan akan dimasukan ke
dalam Akaun Kelab dan kesemua wang itu akan digunakan untuk Event Besar
yang melibatkan seluruh Ahli PPEOC di Malaysia seperti Mesyuarat Agung
dan Hari Keluarga.
NAK TENDER @ BOOKING No. ID BOLEH..??
Sudah tentu tak boleh.. :)
DULU DAH DAFTAR DAN DAH ADE NO. ID KENA DAFTAR LAGI KER..?
KENA!! Tapi No Keahlian anda Kekal dan tidak berubah.. hanya Maklumat dan Pembayaran dari anda sahaja diperlukan..
Untuk Mengetahui lebih lanjut dimana anda boleh dapat Infomasi berkenaan PPEOC di kawasan anda just click banner dibawah
PERLIS - KEDAH - PULAU PINANG - PERAK
SELANGOR - KUALA LUMPUR - NEGERI SEMBILAN
JOHOR - MELAKA
KELANTAN - TERENGGANU - PAHANG
SABAH - SARAWAK