Nuffnang Ads

Thursday, August 16, 2012

Erti raya yang sebenar dari Iklan Bernas



Lama rasanya tak update blog maklumlah kesibukan berniaga dibulan ramadhan.. aidilfitri kali ini tiada yang lebih bermakna dari ku dari melihat video iklan raya yang dikeluarkan oleh Bernas, sesungguhnya iklan raya berkenaan telah membuatkan air mata aku mengalir buat pertama kalinya bila menonton iklan.. tiada iklan lain didunia ini yang dapat menandingi kehebatan iklan Raya Bernas tahun ini.

Jika dahulu kita sering melihat karya hebat idea iklan yang sering dicurahkan oleh arwah Yasmin Ahmad kini lakonan adik ahmad dan adik fizi didalam video hari raya sungguh menyentuh perasaan hiba dan sebak, kita tak perlu untuk menonton movei bollywood sampai 3 jam untuk menangis dan menginsafi akan kehebatan disebalik kehidupan sebenar.. cukup dengan 7 minit video ini sudah membuatkan kita pelajari dan sedar akan nikmat persahabatan dan semangat untuk hidup yang lebih tinggi.




Sesungguhnya apa yang cuba disampaikan dari iklan ini cukup-cukup bermakna.. kesedaran akan datang dengan sendiri bila kita menontonya secara khusyuk.. tonton lah berpuluh kali pun mesti korang akan terasa nak mengalirkan air mata.



Hasil lakonan hebat kedua adik ini telah membawa mereka ke konti Hot FM dan lebih bermakna lagi apabila kini Adik Fizi yang buta kedua belah mata sudah mendapat bantuan dari pakar yang sememangnya berniat membantu adik Fizi.. syukur kepada Allah.. Allah sentiasa menunjukan jalan kepada umatnya yang tabah dan sabar, pada mereka yang pemurah dan sudi menaja perubatan adik Fizi sesungguhnya kemuliaan anda cukup tinggi nilainya.




7 minit 42 saat yang sungguh bermakna :-






Tidak dapat dicoretkan bertapa banyaknya pengajaran yang kita dapat dari video ini.. dari insan kerdil yang kurang upaya sehinggalah kepada penumpang bas dan keretapi semuanya ada pengajaran yang boleh kita pelajari..



Buat adik Ahmad dan Fizi.. kamu telah lakukan sesuatu yang sungguh luar biasa..!!







1 comment:

Marou Apple Hijau said...

sebak sangat tengok video raya dari bernas..
sangat bernas idea pengarah video ni