Nuffnang Ads


Tuesday, October 30, 2012

Huraian Tragedi Taufan Sandy

Berikut laporan mengenai Taufan Sandy yang melanda bahagian timur Amerika syarikat

> 50 buah rumah telah musnah terbakar di kawasan Queens, bandar New York berpunca daripada renjatan elektrik;
> Tujuh buah terowong kereta api bawah tanah di New York telah dibanjiri air - iaitu kejadian terburuk dalam sejarah 108 tahun perkhidmatan tersebut. > Sekurang-kurangnya 12 orang telah dilaporkan terbunuh di enam buah negeri.
> Taufan Sandy mengekalkan kelajuan angin pada tahap 130 kilometer sejam sepanjang ia melanda New York - menenggelamkan bahagian rendah Manhattan dan memutuskan bekalan elektrik di sebahagian besar bandar tersebut.
> Air laut melimpah sehingga ke Sungai Hudson. > Hospital New York University terpaksa memindahkan pesakit ke hospital lain selepas ia terputus bekalan elektrik termasuk bekalan bantuan dan sokongan.
> Virginia Barat, Maryland dan Utara Carolina dilanda salji lebat selepas Taufan Sandy bertembung dengan angin sejuk dari Kanada. > Sebahagian bandar besar di pantai Timur Amerika seperti Boston, New York, Philadelphia, Baltimore dan Washington dijangka lumpuh selepas Taufan Sandy menjejaskan pengangkutan dan kemudahan awam.
> Replika kapal perang HMS Bounty sebagaimana yang digunakan dalam sebuah filem Hollywood lakonan Mel Gibson karam dibadai Taufan Sandy di Utara Carolina.
> Laporan media massa Amerika menganggarkan sekurang-kurangnya enam juta isi rumah keputusan bekalan elektrik sejak Isnin.
> Kawasan pantai di Maryland, Delaware, Massachusetts dan Long Island, New York hampir kesemuanya ditenggelami air.
> Pasaran Saham New York dan Nasdaq, pasaran kewangan terbesar dunia buat pertama kalinya sejak Taufan Gloria pada tahun 1985 menghentikan urusniaga bagi membolehkan laporan terkini tentang Taufan Sandy disiarkan.
> Presiden Barack Obama memendekkan kempen pilihan raya di Florida dan segera kembali ke Washington untuk menguruskan bantuan segera kepada mangsa.
> Seorang lagi calon presiden dari Parti Republican, Mitt Romney turut membatalkan kempennya pada Isnin dan Selasa.
> Beribu penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan.
> Kos kerugian daripada badai Taufan sandy ini dianggarkan bakal mencecah AS$20 bilion. 


*Credit to mystarOnline

No comments: