Nuffnang Ads


Sunday, November 25, 2012

Piala AFF 2012 : Permulaan sumbang Harimau Malaya



Tamat perlawanan pertama pasukan Harimau Malaya diratah kenyang oleh skuad Singa di Stadium Bukit Jalil, perjalanan sumbang 2 perlawanan persahabatan terakhir nampaknya menunjukan keputusan yang diperolehi menentang Singapura semalam.

Kekalahan 3-0 sememangnya tidak dapat diterima oleh penyokong Malaysia.. satu kekalahan yang dianggapkan sebagai sangat memalukan.. ditambah pula kalah kepada musuh tradisi yang dianggap sering membanding-bandingkan antara satu sama lain.

Jika tahun 2010 yang lalu kita boleh busukan Singapura dengan dibarisi pemain dari luar kenapa pada kali ini masih kita belum boleh terima sedangkan hampir separuh yang diturunkan singapura semalam adalah pemain yang beraksi pada 2010.


 Pemilihan pemain oleh Datuk K.Rajagopal dilihat tidak menepati selera bermain..



Perlawanan kedua menentang Laos bakal menjadi hidup mati pasukan Malaysia dlm misi mengekalkan kejuaraan Piala AFF.. hanya kemenangan dgn jaringan yang besar sahaja dapat menghidupkan taring harimau yang tumpul dek kerakusan sang singa.

 Nasib beliau dengan FAM hanya pada AFF kali ini.. jika tidak.. say good bye..!





No comments: