Nuffnang Ads


Monday, November 5, 2012

PPEOC Mega TT Central 2012




PPEOC Central telah berjaya menganjurkan Program Mega TT Central 2012 pada 4 November 2012 bertempat di Taman Botani Negara, Shah Alam, program terbesar Region Central ini disertai lebih 200 buah kereta ahli PPEOC, kehadiran crew jemputan dari Johor, Melaka turut memeriahkan majlis.

Program dimulakan dengan Konvoi Mega TT yang bermula dari Stadium Shah Alam menuju ke Taman Botani Negara, sekalung penghargaan buat PDRM dan Marshall Central yang bertugas.

Selaku tuan rumah dari Shah Alam Group merakamkan penghargaan buat President, Setiausaha dan Barisan AMT , HOR Southern, HOR Central dan seluruh Ahli Majlis Tertinggi Negeri dan Cawangan yang hadir memeriahkan majlis. penyertaan dari ahli-ahli lama dan baru juga turut membuatkan program ini meriah dan berjalan dengan jayanya.


Fakta Menarik Mega TT Central 2012..



- 238 Orang yang hadir ke Acara Mega TT Central 2012.
- 4X4 yang sepatutnya membawa Media Crew hanya berkelah ditepi check point seksyen 8.
- Hampir kesemua Event Crew yang bertugas tidak tido selama 2 hari bagi menjayakan program ini.
- Pada permulaan meeting untuk program ini hanya 3 orang sahaja yang hadir.. bergitu juga pada meeting kedua.. 3 orang juga yang hadir.
- Pihak Marshall telah menutup lebih 10 persimpangan jalan utama sekitar laluan konvoi menuju ke Taman Botani Shah Alam.
- Belon untuk upacara perasmian terlepas dari ikatan sebelum peserta tiba.. nasib baik bumbung menyelamatkan keadaan.
- Negeri Sembilan merupakan crew yang paling ramai hadir.
- Buat pertama kalinya Medic Crew memulakan tugas.
- police light bar milik HOM terjatuh ketika dalam perjalanan ke meetpoint stadium.
- Nyayian lagu Negaraku sebenarnya tidak ada dalam senarai acara rasmi program.
- Kebanyakan peserta yang menyertai pertandingan Tarik Tali mengalami sakit2 sendi yang tidak dijangka.
- Acara Runningman yang merupakan antara acara utama program dibatalkan disaat2 akhir diatas sebab cuaca yang tidak menginzinkan.
- 136 buah kereta terlibat dalam konvoi tidak termasuk lebih 30 buah kereta Marshall dan 40 buah kereta Event Crew.
- 06.30 pagi marshall paling awal tunggu di meetpoint stadium shah alam.
- Crew Negeri Sembilan satu-satunya konvoi yang membawa bendera negeri.
- Negeri Sembilan merupakan Crew yang paling banyak dapat hadiah.
- “Music Chair” mengambil alih acara Sukan Rakyat yang terpaksa dihentikan akibat hujan.
- Eizuan Mahrudin membasuh keretanya sebanyak 3 kali kurang 24 jam sebelum Mega TT bermula.
- 3 Banner digantung sepanjang laluan konvoi.
- Pada mulanya Kenshiro dan Lenzo Oz adalah nama yang ditugaskan menjadi MC. pelakon wan maimunah turut dalam senarai pendek MC yang bertugas. 
- buat kali pertama jamil jalil menjadi MC.
- Majlis penghargaan kepada escort pdrm diadakan di tapak parking kereta.
- peserta terpaksa berjalan kaki selama 20 minit sebelum sampai ke tapak program.
- norsham salleh merupakan individu yang paling banyak dapat hadiah.
- kelibat Amar Ciplos hanya kelihatan sehingga di pintu pagar taman botani.
- Pyan Aljehendro individu pertama yang terjun kedalam pool.



Barisan Marshall Yang Bertugas

Sukan Rakyat - Tarik tali

Pertandingan Mewarna

Penyampaian Hadiah utk Wakil Negeri Johor
























No comments: