Nuffnang Ads


Friday, December 7, 2012

MAHARAJALAWAK MEGA 2012 MINGGU PENYINGKIRAN



Setelah 3 minggu Program Maharajalawak Mega keudara.. semalam adalah minggu ke empat dan menjadikan minggu penyingkiran buat peserta, kejutan yg jarang sekali berlaku 3 peserta terkeluar untuk minggu itu, DaDiDu, Pimai dan Balas menjadi mangsa.


Melihatkan persembahan kesemua peserta bagi minggu ini dilihat kurang menyengat berbanding minggu lepas, munkin kerana tema minggu ini kurang menarik, apa pun perkembangan beberapa peserta dalam membuat penonton ketawa menampakan kemajuan terutamanya kumpulan Saywho dari Indonesia, saban minggu mereka selalu mengeluarkan idea-idea yang terkini dengan disulami isu-isu semasa yang berlaku.





DaDiDu yang dibarisi pelawak Singapura dan A.R Badul sejak dari awal minggu program lagi menampakan tidak lawaknya, lawak yang disampaikan agak ketinggalan dan menyukarkan penonton untuk gelak walaupun ianya lawak, bergitu juga dengan kumpulan Pimai diarisi pelakon komedi yang sungguh awesome dari sitcom pimai pi mai tang tu nampaknya untuk tahun kedua tidak mendapat sambutan penonton masa kini.



Kumpulan Balas munkin terkeluar dek kerana lawak lucah mereka.. setiap minggu juri sering memperatikan lawak mereka. teguran bertali arus sehinggalah mereka terkeluar. ia munkin peringatan buat peserta yang lain.


1 comment:

bukankosong said...

yg penting JOZAN mantainnn