Nuffnang Ads


Tuesday, December 18, 2012

Wajah - Wajah 2012



Banyak peristiwa yang berlaku pada tahun ini maka dicoretkan part 1 wajah-wajah manusia yang mendapat perhatian seluruh penduduk dunia sepanjang tahun ini.

Felix Baumgartner - menjadi manusia pertama yang memecahkan kelajuan bunyi dengan terjun dari paras ketinggian 39 kilometer dari paras bumi.

PSY - Fenomena Oppa Gangnam Style membuatkan nama beliau popular diseluruh dunia dalam masa beberapa minggu sahaja, beliau menjadi rakyat korea selatan paling popular didunia hari ini.

Malala Yousafzai - remaja perempuan ini mendapat perhatian dunia setelah usaha beliau mempertabatkan persekolahan kaum wanita ditentang tentera taliban di Afghanistan.

Mark Zuckerberg - Perkahwinan beliau bersama Priscilla Chan mendapat perhatian peminat beliau seluruh dunia selain kejayaan Facebook disenaraikan di bursa saham New York dengan bon yang tertinggi didunia.



Aung San Suu Kyi - Setelah sekian lama hidup dalam kurungan tokoh kebebasan Myanmar ini akhirnya hidup seperti manusia normal lain. kejayaan beliau dalam pilihanraya negara itu juga membuka satu lembara baru bagi era demokrasi di Myanmar.

Mohamed Morsy - Revolusi rakyat Mesir akhirnya menjadikan Morsy president Mesir yang baru.. 

SPB Tuanku Abdul Halim menjadi Agong buat kali keduanya..


No comments: