Nuffnang Ads

Wednesday, February 20, 2013

PRU13 : Masa sudah sampai penghujungnya..



Tempoh aktif mandat rakyat kepada pempinan yang sedia ada kini hanya tinggal  tidak sampai 3 bulan lagi.. nampaknya jika Perdana Menteri tidak membuburkan parlimen dalam masa itu.. ianya akan bubar secara sendirinya bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum untuk rakyat memilih kepimpinan baru.

Hari-hari terakhir yang sangat sibuk buat semua parti politik tanah air.. menyiapkan dan melengkapkan semua senarai calon yang hendak dipertandingkan.. bagi Datuk Seri Najib yang kini dikerusi Perdana Menteri sudah pasti lagi sibuk.. dengan hal negara dan parti yang perlu diselesaikan.

Datuk Seri Najib dijangka akan menerima kunjungan Perdana Menteri Thailand sebagai tetamu terakhirnya untuk penggal ini minggu depan.. dan dalam masa yang sama minggu terakhir Feb ini juga dilihat untuk beliau menghabiskan kerja-kerja tertangguh untuk parti dan negara.

Buat parti pembangkang.. modal berkempen yang mereka hidangkan kini hanya menunggu Parlimen dibubarkan saja sebelum angkatan perang mereka bergerak ke seluruh negara untuk berkempen.





Persengketaan Pakatan Rakyat kini dilihat sedikit sebanyak mencacatkan matlamat mereka untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional, manakala Barisan Nasional dilihat lebih bersifat main duit sejak akhir-akhir ini.. banyak sudah wang dilaburkan untuk memuaskan hati rakyat.

PRU13 menjadi satu pilihanraya yang paling sengit untuk dilihat.. kemunkinan ada calon-calon bebas yang bertanding sudah pasti ramai akibat dari tsunami politik yang berlaku pada PRU12.





Semuanya menanti detik pertemuan YAB Perdana Menteri mengadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong saja.


No comments: