Nuffnang Ads


Wednesday, March 20, 2013

Apabila Politik Itu Makin Kotor..




Hampir kesemua rakyat Malaysia kini akan simpan satu slot dalam kepala otak mereka untuk diisi dengan persoalan "Bilakah Parlimen Akan Dibubar?" dan persoalan ini makin hampir dikemuncaknya apabila mandat rakyat terhadap kerajaan yang sedia ada kini sudah pun berakhir, Datuk Seri Najib tinggal kurang 2 bulan lagi untuk berbuat sesuatu iaitu menghadapi Pilihanraya pertama beliau sebagai ketua batalion pilihanraya Barisan Nasional.

Semakin hari.. semakin banyak cerita.. dari pelbagai sudut sehinggakan cerita hal keselamatan negara dan agama kini dijaja bak sampah untuk menarik perhatian rakyat.. sampai macam itu sekali penangan politik.. kini rakyat berada dalam situasi delima untuk memilih siapa yang bakal mereka pangkah menjelang PRU 13 ini..

Rata-rata kini boleh diibaratkan sebagai pengundi atas pagar.. dan memerlukan mereka berfikir panjang untuk memilih wakil rakyat mereka nanti.. pelbagai sudat harus diambil kira.. dari pembangunan masa depan.. taraf ekonomi dan juga kehidupan yang mendatang..

Undi Pembangkang..??

Menifesto Pembangkang yang dikeluarkan sebelum ini dijanjikan dengan pelbagai keistimewaan yang akan membuatkan Rakyat Tidak sabar untuk memangkah mereka.. ditawarkan Pemansuhan PTPTN sudah pasti bakal menjadi hidangan menarik bekas-bekas pelajar yang sebelum ini meminjam dari tabung itu..

Pemansuhan Tol dan Penurunan Harga Minyak yang dijanjikan juga sesuatu yang akan buat rakyat buka mata dengan memilih pembangkang.. akan tetapi adakah semudah itu kita hendak melakukanya..?? kalau difikir tanpa guna otak memang mudah.. cakap saja semua boleh jadi.. tapi bila dah buat.. baru tahu rasanya..





Undi Kerajaan..??

Adakah kerajaan yang sedia ada kini terbaik..?? jika terbaik kenapa masih ramai kakitangan kerajaan yang berpaling tadah dengan menyokong pembangkang..?? walaupun mereka diberi Bonus dan imbuhan yang cukup menyeksakan pekerja-pekerja swasta yang lain..

Hal ini kerajaan kurang peka.. dimana silap atau perlu penambah baikan.. taburan pelbagai jenis bantuan sejak akhir akhir ini akan membuatkan rakyat gembira seketika akan tetapi rakyat akan berfikir kembali bila tiba di dewan mengundi.. salah langkah.. rosak undi..

Tak kira siapa yang menang dan mentadbir negara ini.. yang paling utama sekali ialah keselamatan negara, rakyat dan kedaulatan agama harus diutamakan.. jangan sesekali melupakan rukun negara semata-mata permainan politik yang hanya mainan duniawi..


1 comment:

Anonymous said...

ko agak2 la kan, bile date nak p ngundi ek? ade x time aku kawin, 1 june? aku runsing ni, nak buat kad kawin pon susah.. ehe!