Nuffnang Ads

Wednesday, April 3, 2013

Akhirnya Bubar jugak hari ini.. Bermulanya perang poster..!!


Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi dan baginda telah memberi perkenan supaya Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini. Dengan itu, saya juga menasihatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri menghadap Ketua-Ketua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar pilihan raya umum dapat dilakukan serentak di seluruh negara.

Sepanjang tempoh empat tahun ini, kita telah membina asas untuk sebuah negara yang lebih baik dengan ekonomi yang lebih kukuh dan transformasi kerajaan. Telah banyak yang kita capai, namun tanggungjawab kita masih belum berakhir. Dengan itu, saya meminta agar rakyat Malaysia terus memberi peluang kepada saya untuk menyempurnakan tanggungjawab ini.



Dalam pada itu beberapa buah negeri turut melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri hari ini.. Melaka, Sabah, Perak, Pahang, Selangor, Perlis.. manakala Pulau Pinang dijangka akan membubarkan dewan undangan negerinya esok.. Menteri besar kedah dijangka turun ke kuala lumpur untuk mengadap sultan kedah untuk meminta perkenan tuanku abdul halim untuk membubarkan Dun Kedah.



No comments: