Nuffnang Ads


Thursday, April 4, 2013

DUN Kelantan bubar.. Pas tolak calon merokok..





Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam Khamis mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuat kuasa Khamis.

Beliau membuat pengumuman itu di kediaman rasminya di sini pada pukul 11.55 malam.
Ia dilakukan setelah Nik Abdul Aziz menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Pembubaran itu dibuat mengikut Fasal 2 Perkara 46 Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Watikah pembubaran DUN kemudiannya akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut.


Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti bebas rokok.

Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.


No comments: