Nuffnang Ads

Wednesday, April 3, 2013

DUN Perak bubar..






Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 dibubarkan secara rasmi hari ini mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-udang Tubuh Negeri Perak selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Sebelum itu, pada jam 2.30 petang tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengadap Raja Nazrin Shah di Istana Iskandariah, dekat Kuala Kangsar untuk menyerahkan warkah perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Ke-12.

Pada sidang media khas di kediaman Menteri Besar sebentar tadi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu menegaskan pilihan raya negeri akan dijalankan secara serentak dengan pemilihan Dewan Rakyat.
Zambry berkata, sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada 6 Februari 2009, beliau bersama barisan exconya berusaha segala daya upaya untuk membawa pembaharuan dan pembangunan selaras dengan gagasan Perak Amanjaya, Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir dan falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.



credit info : PERAK TODAY

No comments: